Hadiah Bantal Peluk kepada Pak Lah
Hadiah bantal dan bantal peluk untuk Perdana Menteri
Sabtu Jan 05, 08 1:52:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Jan - Menurut laporan Malaysiakini.com semalam, sekumpulan anak muda Malaysia yang tidak puas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah memberikan hadiah simbolik kepada pemimpin berkenaan sebagai satu 'memorandum'.
Hadiah tersebut berupa sebiji bantal dan bantal peluk - keduanya dihiasai dengan bendera Malaysia dan bangunan menara berkembar Petronas.
Bagaimanapun hadiah tersebut tidak dapat diserahkan ke tangan Perdana Menteri, malah sebaliknya kumpulan tersebut hanya berjaya meletakkannya di perkarangan pejabat beliau di Putrajaya pagi semalam.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau bersama lapan orang kawannya telah membuat kesimpulan bahawa tindakan kerajaan yang tidak berkesan selama ini adalah disebabkan oleh sikap Perdana Menteri yang 'suka tidur'.
Tambahnya, Abdullah telah beberapa kali 'ditangkap' tidur dalam beberapa majlis rasmi baik di dalam atau di luar negara. -
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan