Catatan dari Swansea, England
Tangkap! Tangkap! Tangkap!
Siri penangkapan rakyat Malaysia kembali bermula. Satu tangkapan demi tangkapan sudah, sedang dan akan dibuat. Setakat dua tiga hari kebelakangan ini - kira-kira 40 orang sudah ditangkap termasuklah kanak-kanak yang berumur 13 tahun (Abdul Muhaimin Roslan). Ahhhh kita senama. Ok.ok tak apa. Teruskan.Pada orang yang kena tangkap - ia tidak melemahkan. Tapi orang yang melihat orang lain kena tangkap mungkin ada yang semakin menjadi kecut dan menganut ajaran takusisme. Manakala yang satu lagi mungkin bertambah marah dan bersemangat - kerana tak kena tangkap!Tangkap!Tangkap!Tangkap!Biar atas nama apa pun. Jangan hitung lagi berapa lokap yang ada. Jangan hitung apa Akta dan Peruntukan mana yang hendak didakwa. Tangkap dulu. Soal lain, kemudian kira.Tangkap demi penangkapan menunjukkan kesabaran sang penguasa sudah berakhir. Nampak seolah-olah mereka gagah tapi mereka dalam payah yang amat. Nampak mereka kuat tapi sebenarnya sedang menuju nazak.Hanya kita yang bebas - perlu menangkap jalan-jalan ke arah perubahan yang membolehkan kita bebas dari penjajahan minda dan kerangka rasa takut yang panjang.
Teruskan perjuangan wahai sahabatku...!!!
Allahu..Akbar....!!!
http://muhaiminsulam.blogspot.com/
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan