Isnin, Disember 31, 2007

Sambut Tahun Baru jangan undang kemurkaan Allah


Menyambut Tahun Baru: Jangan undang kemurkaan Allah, Isnin 31Dis @ 09:24:06 MYT.
Tahun baru 2008 menjelma. Sambutan yang dibuat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia biasanya ialah countdown menjelang 12 malam. Bid’ah yang sepatutnya disuara dan dibantah oleh para mufti dan semua umat Islam yang sensitif terhadap agamanya. Countdown bukan sebarang countdown. Ia disertai dan diwarnai oleh program hiburan-nyanyian, persembahan dan tarian. Kalau asasnya taqwa dan program sambutannya dengan solat hajat supaya Allah selamatkan untuk tahun mendatang, mungkin boleh diterima. Malang, asasnya fujur, dosa, mungkar, fasid dan melalaikan. Ada ciri taqwa? Ada ciri modal insan? (atau selayaknya modale insane) Ada ciri generasi ulul albab? Menepati rukun hadari?
Ketika Tsunami melanda Acheh dahulu, sambutan awal tahun dibatalkan, kononnya meraikan kedukaan yang dialami mangsa Tsunami. Selepas berlalunya tempoh ujian itu, adakah kita lupa?
Mungkin manusia mudah lupa tentang ujian dan bala Allah terhadap kaum-kaum terdahulu yang engkar kepada Allah. Tetapi Allah tidak pernah lupa kepada hambaNya yang lalai, terus menerus melakukan perkara mungkar, fasid, zalim dan menganiaya diri sendiri. Beleklah al-Quran. Ia sarat dengan pengajaran bagi mereka yang berfikir.
Ulul albab ialah orang yang menggunakan akalnya memerhatikan fenomena alam yang kemudian mengaitkannya dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya untuk melakukan apa sahaja. Taqwa membawa seorang insan melakukan apa yang diperintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Hadharah ialah peradaban yang diisi dengan perkara bermanfaat berteraskan kehendak Allah dan Rasul.
Demikian juga sambutan menyambut perisytiharan bandaraya Kuala Terengganu. Khabarnya RM10 juta untuk program tersebut. Tidakkah ini membazir? Dan mereka yang membazir itu saudara syaitan. Ini bukan ciri ulul albab. Ulul albab tidak menghabiskan wang rakyat dan negeri untuk perkara yang tidak bermanfaat untuk rakyat terbanyak.
Kedatangan tahun baru Masihi (walaupun tidak pernah diajar oleh Islam untuk disambut) sepatutnya diiring dengan perubahan sikap kepada yang lebih baik, lebih bertaqwa, lebih insaf dan lebih positif. Ironinya, masyarakat kita lebih bersedia untuk terus hanyut dengan dunia dan keduniaan, pura-pura dan kelalaian…bukan itu sahaja, bahkan untuk terus menjemput kemurkaan Allah hasil dari perbuatan tangan sendiri. Moga Allah jauhkan kita dari implikasai buruk kejahilan orang yang jahil dan kezaliman orang yang zalim.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO