Ahad, Januari 27, 2008

Demam pilihan raya, 14 Adun di Perak tidak tidur lena!

Johari Jaafar

Empat belas Adun Barisan Nasional yang merupakan muka lama dalam senarai wakil rakyat di Negeri Perak kini mula tidak tidur lena apabila membilang hari-hari terakhir sebagai wakil rakyat.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, dalam satu laporan akhbar tempatan sebelum ini sudah membayangkan bahawa Umno Perak mungkin akan membuat perubahan dengan calon-calon muka baru.

Selanjutnya, Pengerusi Umno Negeri itu turut membayangkan mereka yang tidak akan disenaraikan sebagai calon terdiri daripada mereka yang telah berkhidmat sebagai Adun melebihi dua penggal.

Menurut pemerhati politik dan juga kalangan pimpinan Umno tempatan, tiga daripada wakil rakyat yang lama itu hampir pasti tidak dicalonkan semula. Mereka terdiri daripada Adun Tualang Sekah, Dato' Radhi Manan; Adun Hulu Kinta, Dato' Dr. Mazidah Zakaria; Adun Changkat Jering, Mat Isa Ismail.

Mat Isa kini menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak setelah berlaku 'penyerahan' Parlimen Bukit Gantang kepada Gerakan. Bagi meredakan keadaan Menteri Besar Perak dikatakan telah melantik Mat Isa sebagai Speaker.

Mat Isa kini telah menjadi Adun Changkat Jering melebihi dua penggal dan pemerhati politik menjangkakan selepas ini Mat Isa tidak disenaraikan lagi sebagai calon. Jika tidak Mat Isa perlu ditukarkan ke Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, terdapat wakil rakyat lain yang telah berkhidmat lebih dua penggal, antaranya Adun Manong, Dato' Ramli Zahari, yang juga Exco Kerajaan Negeri yang paling kanan.

Kemungkinan nama beliau digugurkan bergantung kepada pucuk pimpinan Umno peringkat negeri dan pusat. Jika tidak,Zahari perlu ditukarkan ke Parlimen, tetapi di manakah beliau akan bertanding?

Tentunya tidak di Parlimen Kuala Kangsar kerana Dato' Seri Rafidah Aziz tidak akan akan memberi laluan kepada Zahari.

Seorang lagi muka lama dalam Umno adalah Adun Manjoi,Nadri Ismail yang kemungkinan juga antara yang bakal 'digugurkan'. Jika ini tidak berlaku, maka Tajuk Rosli perlu memikirkan cara lain untuk menyelamatrkan karier politik Nadri. - mks. .

petikan dari harakahdaily.net

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO