Rabu, Mac 04, 2009

Kebenaran Yang Tiada Maknanya...

Peritiwa bermesyurat di bawah pokok, setakat ini menjadikan isu ini paling top dalam sembang-sembang di warong mau pun di pejabat-pejabat, kerana kini hampir semua ruang pejabat telah ditakluki pemikiran PR, pemikiran dinamis, pemikran perjuangan serta perjuangan yang amat benci sekali kepada cara kepimpinan yang di "shit"kan oleh UMNO.

Setelah mendapat Tan Sri, P. Ramli telah pun diwar-warkan untuk menerima " Tun " pula, jika nak dibandingkan daya pemikiran beliau memang tak perlu dibincangkan lagi, terus saja di anugerahkan dengan Darjah kebesaran tersebut. Sumbangan baktinya kepada kehidupan masyarakat Malaysia amat jelas sekali. Apa yang dipaparkan dalam setiap filem terbitan 50an dan 60an dulu kini menjadi kenyataan. " Musang Berjanggut ", " Laksamana Do re mi ", Pendekar Bujang Lapuk, Nujum Pak Belakang dan lain-lain lagi, semuanya mempunyai kiasan yang hebat dan malahan menjadi tontonan setiap oleh media elektronik. TV 2, Astro, TV9 dan TV3 bergilir-gilir menayangkan filem-filem tersebut.

Ulasan pemimpin UMNO berkaitan dengan persidangan di bawah pokok, semua nya melambangkan bertapa ceteknya daya pemikiran mereka. Contoh, YB dato Azlina - tindakan PR amat mengecewakan dan hanya tidakan orang bodoh saja bermesyuarat di bawah pokok, Dato Seri Zahid pula mengatakan hanya orang gila yang sanggup berjubah dan suit di kawasan panas.
Tapi apa yang sedihnya mereka tak ulas pula, kenapa ruang pejabat SUK di kunci, kenapa dewan persidangan juga turut di kunci. Kenapa pihak polis menghalang semua ADUN untuk memasuki dewan, Apakah ini tindakan orang yang bertamaddun.

Akhir-akhir ini, pemimpin UMNO seolah-olah sudah hilang akal, tidak tahu membezakan yang mana baik dan yang sebaliknya, cakap mereka juga sudah terbali, jika dikatakan ' ada ' maknanya ' tiada ', mereka melaung-laungkan keburukan apa yang dilakukan oleh pihak PR, tapi sebaliknya BN lah yang kini di ambang cukup teruk dan sentiasa menyalah gunakan kuasa, gunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni sahaja.

Kalau di ikutkan hujah yang diberikan semasa ' hujah ' di TV9, hanyalah perwakilan yang bodoh dan datang dari Tanjung Rambutan sahaja yang akan memberikan undian kepada Zahid dan Mat Isa, langsung kedua-duanya tidak memberikan hujah bagaimana agar kalangan muda yang sudah muak dengan UMNO dan memang tak ingin kembali ke UMNO dapat mempelawa mereka ini bersama-sama dalam menganggotai parti keris tersebut.

Hanya orang kurang sempurna akal sahaja yang ingin bersama UMNO. Jelas kalangan gabungan BN juga tidak bersama-sama UMNO dalam menangani setiap isu yang ditimbulkan, tidak seperti PR, semua parti gabungan turut serta. " Kebukit sama di daki, ke luruh sama dituruni "
" bagai aur dengan tebing " UMNO pula bertindak dan bergerak dengan pepatah yang berlawanan " seperti aur dalam belukar, melepaskan diri masing-masing "

Hasil nukilan : gajahmenta.blogspot.com

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO