Sabtu, Mac 21, 2009

Amanat DSAI di Chenderong Balai

Cenderong Balai-21 mac, " Kerajaan UMNO-BN telah berlaku tidak adil kepada semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India". demikian ucapan Dato Seri Anwar di Cenderong Balai Malam tadi. UMNO dengan angkuhnya mempertikaikan pemberian tanah kepada masyarakat Cina di Kg. baru. Ketidak adilan ini wujud apabila pemimpin UMNO secara terang-terangan membidas Dato' Seri Nizar Jamaluddin kerana meluluskan pemberian tanah kekal kepada masyarakat Cina. Umno, menurut Dato Seri Anwar Ibrahim hanya membisu apabila Cina-cina kaya telah pun memperolehi Bukit Tinggi dan Genting Highland. Sikap angkuh dan hanya mementingkan golongan yang sudah kaya ini menyebabkan rakyat kurang yakin dengan UMNO.

Bukan sahaja kepada kaum Melayu, tetapi juga kepada kaum-kaum lain. Menurut beliau juga lihat sahaja isu penahanan tanpa bicara beberapa pemimpin Hindraf ke dalam ISA. Mereka ini bukan sahaja tidak dibuktikan bersalah malah tuduhan mereka itu dicipta dan diada-adakan atas alasan bahawa pemimpin kumpulan hindra mengancam keselamatan negara.

Bagi orang Melayu pula kerajaan BN telah gagal memajukan orang melayu dan bersikap berat sebelah apabila hanya pelobi-pelobi sahaja diberi keutamaan.
Warta blog Oleh : Pak katib

Klik S.I.N.I. untuk gambaran suasana di Chenderong Balai 20.3.2009

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO