Selasa, Mac 10, 2009

BUAT INGATAN KITA DAN KALIAN....

Buat tatapan sahabat dan pengunjung budiman.....silakan....memahaminya : anywere buat zali & org ats pago......:- jgn gadoh2 Peranan Raja-Raja Melayu dalam Negara adalah antara topik yang akan dibahaskan oleh perwakilan Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agong Umno.

Calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo and Datuk Mukhriz Mahathir bersetuju perbahasan itu adalah wajar.

Adalah dikesali bahawa sistem Raja-Raja Melayu hari ini dipersoalkan oleh beberapa pihak dan lebih malang lagi turut dilakukan oleh orang Melayu sendiri.

‘Kita tidak sepatutnya memusnahkan sistem tersebut yang kita telah dukungi sekian lama hanya kerana perbezaan pandangan politik,’ kata Dr Khir kepada sidang media di Bangunan Umno disini.

Mukhriz berkata masanya telah tiba bahawa isu tersebut dibahaskan memandangkan perkembangan baru-baru ini.

Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang mempersoalkan peranan Raja-Raja Melayu, tambahnya.

Alhusseyn : Umno selalu menonjolkan diri bahawa kononya Melayu Umno lah tunggak yang mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.Umno perlu ingat bahawa Raja-Raja Melayu bukan kepunyaan orang-orang Melayu Umno sahaja. Orang=orang China, India dan lain-lainnya yang menetap dinegara ini pun bertuankan Raja-Raja Melayu.




Lakaran 'sejarah hitam' antara Umno dengan pihak Istana masih lagi segar dalam ingatan kebanyakan kita dan tidak dapat dipadam begitu sahaja.Umno pernah melondehkan keaiban pihak Istana selondeh-londehnya sewaktu krisis perlembagaan beberapa tahun yang lalu. Paparan di dada-dada akhabar adalah bukti yang nyata bahawa Umno lah yang sebenarnya petualang bangsa Melayu , yang pernah mengancam dan menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu.

PETIKAN : http://alhusseyn51.blogspot.com

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO