Ahad, Disember 09, 2012

Mediaperak : persepsi dan pencetus minda keterbukaan calon & pengundi. Pick up all of you! ABU!!!

Jelajah Mediaperak
Jelajah Mediaperak singgah seketika di Medan Selera , Kampung Gajah. Berkonsepkan santai dengan menyiarkan Filem Hak Asasi Manusia yang diterbitkan oleh KOMAS. Antara lain filem bejudul Katak , Hak yang telah hilang , The Silent Riot dan The right of dead. Dalam penjeljahan dan program santai ini , Mat Saman Kati (MSK) juga mengambil tempat bagi menyampaikan suatu slot bual bicara dengan tajuk 'Inovasi Politik' khas untuk tatapan yang hadir.

Hadirin yang setia menjadi pemikir dan pemerhati
Respon yang menarik dalam menjana pemikiran terbuka diluar kotak. 3 konsep perubahan politik dihuraikan penuh dengan fakta dan penyampaian bersahaja bagi memberikan pencerahan terhadap perubahan buat Generasi Independent , yang mana mereka ini adalah penentu masa depan negara dan corak pemimpin negara masa akan datang.

Anak muda agen perubahan kepimpinan nagera
Perubahan corak berpolitik dapat disaksikan dengan pemikiran berbeza daripada fokus semata-mata terhadap kepartian. Bagi penganjur, lokasi penayangan yang secara terbuka sebenarnya memberi ruang untuk mana-mana individu atau pihak untuk mengambil kelebihan berfikir agar memperkukuhkan gerakan kemenangan dan kejayaan kumpulan mereka sendiri.


MSK sedang membentangkan 'Inovasi Politik'

MSK memberikan penjelasan untuk kemenangan

Lontaran keperluan terhadap isu-isu setempat adalah penting buat setiap calon yang dipilih atau sedang diangkat oleh parti masing-masing. Namun hakikatnya ketidak seriusan pihak tertentu untuk mengambil peluang ini amatlah mendukacitakan. Seharusnya melihat kekurangan pihak penganjur dan lontaran idea ini akan membuahkan 1001 persoalan kebangkitan dan tarikan buat mereka yang tidak berparti , kerana golongan ini adalah penentu kemenangan dan sangat cerewit untuk memilih calon pilihan mereka. Calon yang telah dan akan dipilih bagi PRU-13 perlu lebih tumpuan dan peka terhadap 'local issue' dan perlu menonjolkan sepenuh keyakinan buat seluruh pengundi mereka terhadap apakah misi dan visi beliau bagi menangani permasalahan setempat. Jangan disaat yang getir mencari dan menjejaki kemenangan ini , calon sendiri yang akan tercicir dan tersungkur hanya kerana kurang keyakinan pengundi terhadapnya. 

Ketua DPP Pasir Salak , sempoi...

Kecerdikan dan kebijaksanaan pengundi adalah faktor kemenagan calon PR. Manakala selagi mana pengundi kebingunggan dan diperbodohkan dengan media arus perdana semata-mata, maka selagi itulah parti yanga ada sekarang ini dapat berkuasa. 

Atas ertikata lain, selagi rakyat tidak terbuka berfikir, selagi itu BN amat bisa berkuasa. Harapan besar untuk menghampiri ke garisan penamat ini janganlah calon kita tersungkur dengan perangkap musuh yang kini menanti untuk menyerang dan memenangi hati rakyat dengan keyakinan tersendiri. Go go go open and menangi hati pengundi setempat dengan langkah dan perubahan mantap bermula dari diri kita sendiri menjangkau pemimpin yang mempunyai nilai yang tinggi. Insyallah kita jemaah boleh berjaya walaupun sesiapa calonya.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO