Sabtu, Februari 23, 2013

Ust Azhar Idrus d' Kg Gajah : Pencinta Ilmu & Ulama Perak & Selangor ayuh HADIR BERSAMA.

Mini stadium sebelum diset up
23 Februari 2013 , Sahabat Masjid Lama Kampung Gajah dengan kerjasama Pihak Ust Azhar Idrus dan pencinta Ilmu Allah setempat bersiap sedia menntikan kehadiran 'Pendaakwah Sejuta Umah' UAI di Parlimen Pasir Salak. Hari ini , gotong - royong membanting tenaga bersama sahabat2 Masjid Lama Kg Gajah dan anak-anak muda. Suasana meriah dan kerjasama sepakat ini tidak dapat dibayar sesen pun asal matlamat inginkan program ini berjalan dengan sebaik mungkin.

berkerjasama demi Ilmu Allah
Mini stadium Kampung Gajah akan menjadi sejarahnya yang tersendiri apabila julung kalinya diadakan program UAI ini. Seingat pakcik pernah 7-8 tahun lepas telah diadakan Forum Perdana Ehwal Islam dan selepas itu , suram tiada program seumpamanya disini.

tangki air kemudahan berwuduk & qado hajat
Gotong royong yang diatur oleh JK Penganjur ini merupakan rentetan dari kesunyian pihak berwajib atas padang awam ini menyelenggaranya, namun berkat kerjasama dan iniseatif JK Penganjur , beberapa bahagian kemudahan padang ini telah dapat diatasi terutama tandas, saliran longkang dan peparitan. Alangkah baiknya pihak MDPT (Majlis Daerah Perak Tengah) turut sama pada hari ini. Pastinya kerjasama ini akan dikenang kelak, tapi apa kan daya JK Penganjur terpaksa bersendirian.

Justeru ayuhlah pencinta ILMU buktikan kecintaan kita pada syariat Allah dalam memburu ILMU bersama Ulama bagi meneruskan momentum kemenangan syiar Islam dimuka bumi ini.




tandas yg asalnya amat menyedihkan namun kini , kami cat baharu

saliran dibetulkan

gandingan berkerjasama

insan yg bertanggungjawab terhadap persiapan tempat
Ingat malam esok 24 Februari 2013 di Mini Stadium Kampung Gajah , kita berkumpul dalam naungan malaikat Allah. Jom ramai-ramai.   

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO