Isnin, Ogos 27, 2012

Kahwin lagi bersemangat menumbangkan UMNO : DPP Pasir Salak

Saf Kepimpinan DPP Pasir Salak bersama Pengantin yang diraikan
26 Ogos 2012 , Kampung Biak setelah hampir 2 bulan sebelumnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Salak mendirikan rumahtangganya kini Ketua Penerangan DPP Pasir Salak pula mengambil tempat selaku pengantin baharu. Sdra Syuhaibi Arshad atau lebih dikenali dengan panggilan Syabi, hari ini menjadi sejarah hidupnya sebagai seorang suami dengan pasangannnya Nurul Huda.
Sdra Syamsul Ketua DPP Pasir Salak juga baharu berkahwin 


Hari Bahagia Syuhaibi
Walaupun berumahtangga tidak sesekali mematahkan semangat anak-anak muda untuk terus menidurkan diri daripada perjuangan. Sdra Syamsul Ketua DPP Pasir Salak contohnya kini semakin semmangat membawa misi pemburuan kemenangan Islam di Parlimen Pasir Salak ini dan khasnya di DUN Kampung Gajah. Dengan strategi tertentu maka semangat dan kekentalan anak muda sentiasa berkobar disebaliknya adalah Muslimat Solehah.

Kampung Biak malam ini menjadi saksi atas ikrar anak muda bujang mahupun sudah berkahwin untuk terus bersama misi kebenaran dan Islam sebagai perjuangan. Disiangan harinya, sibuk melayan tetamu dalam majlis walimatul urus dan di malamnya pula suatu dialog khas anak-anak muda DPP Perak bersama kawasan dan mtd turut meraikan hari bahagia ini dengan pengisian mantap kearah membawa kesedaran bersama masyarakat setempat.

Raja Dr Iskandar al-Hiss , selaku Ketua DPP Perak yang juga Exco DPP Pusat mengambil tempat dalam menyampaikan maklumat penting atas kebenaran dan membawa kepada perubahan mandat pemerintah sedia ada. Pelbagai data didedahkan bersama rakan seperjuangan Sdra Salman selaku SU DPP Perak menjadikan malam sejarah buat pengantin sebagai malam pendedahan kezaliman pemerintah yang ada pada masa kini.

Senyum pengantin bersama Calon DUN Kg Gajah & Raja Dr. Iskandar al-Hiss
Beberapa slide dipertontonkan buat tatapan masyarakat setempat dan kampung yang juga asalnya adalah kubu kuat umprno ini. Turut menyampaikan pendedahan tersebut ialah penampilan Drs Ust Ishak Shaari yang juga calon PAS DUN Kampung Gajah sememangnya merupakan calon Dewan Pemuda Pas Perak. Penampilan bersahaja beliau dengan semangat untuk terus bersama kebenaran yang diinginkan.

Buat pengantin baharu, Selamat Pengantin Baharu diucapkan dan semoga fikrah dan kedaulatan Islam akan terus dijunjung dengan semangat kekeluargaan dan tanggungjawab (amanah) Allah di bumi bertuah ini agar terhapus golongan pemerintah yang sentiasa mengaut keutungan sesama mereka.

Takbir !!!! Allahu Akbar !!!! Barakallahu Lakuma Wabarakallah alaikuma wajama' bainakuma fi khair...
Tahniah & terima kasih tuan seisi rumah.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO