Rabu, Oktober 17, 2012

PKR serah P073 kepada PAS : Kerusi Parlimen Pasir Salak Milik PAS

16 Oktober 2012, tercatat suatu deklarasi bersejarah buat seluruh warga Parti Islam Semalaysia (PAS), Kawasan, Negeri dan Pusat apabila persetujuan Parlimen Pasir Salak kini milik PAS dicapai daripada JK Tertinggi Cabang PKR Pasir Salak. Persetujuan ini berlaku sekaligus menjadikan tambahan kerusi parlimen yang dipertandingan menerusi PAS kini bertambah satu lagi. 

Sambut baik serahan PKR  kepada PAS Kawasan
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat barisan kepimpinan parti PKR khususnya yang menjadi Hero dalam Redho untuk bertindak sedemikian. Sesungguhnya persepakatan sebegini menunjukkan bahawa segala-galanya boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya. 

"Saya redho menyerahkan kerusi ini kepada sahabat saya PAS" inilah ungkapan Tn Hj Osman b. Abdul Rahman selaku Ketua Cabang PKR Pasir Salak sewaktu pertemuan tertutup anggota tertinggi kawasan dan cabang baru-baru ini. Rentetan persetujuan tersebut maka, suatu surat rasmi dan deklarasi telah dibuat dengan ditandatangani oleh semua Jawatankuasa Cabang PKR Pasir Salak dan JK Pas Kawasan Pasir Salak. 

Berita yang ditunggu-tunggukan ini telah menaikkan semangat rakyat marhain Parlimen Pasir Salak untuk terus menerus berkerja dan berusaha melaksanakan tanggungjawab memenangkan Pakatan Rakyat menerusi PAS yang bertanding. 

Untuk perhatian bahawa Parlimen Pasir Salak mempunyai 2 Kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N48 Sungai Manik & N49 Kampong Gajah. Menerusi catatan surat berkenaan yang ditujukan kepada Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Pusat menyatakan dengan jelas sepertimana berikut :-

3.1. PKR bertanding di N48 Sungai Manik pada PRU-13
3.2. PAS bertanding di P073 Parlimen Sungai Manik pada PRU-13
3.3. PAS bertanding di N49 Kampong Gajah pada PRU-13

Persetjuan tanpa bantahan
Persefahaman dan tolak ansur yang hebat penuh bersejarah ini disambut dengan laungan Allahu Akbar!!! dan ikrar untuk berkerja keras memastikan calon bagi kesemua yang bertanding kelak akan memperolehi kemenangan mutlak demi merealisasikan 'Hijau ke Putrajaya'. Ikrar ini biarlah diterjemahkan kepada semangat berkerja berpasukan yang sedia ada dari semua pihak termasuk ahli-ahli PAS dan PKR sendiri. Tanpa kerjasama tersebut maka impian kelak akan bertukar igauan. Namun keyakinan dan semangat malam ini membuktikan bahawa musuh dihadapan perlu diganyang habis-habisan. 

Hero & Redho
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah at-Taubah ayat 40

Klik survey Rakyat dialam maya SINI.

33 Comentários:

abdul razak bin ismail berkata...

Terdapat kekeliruan di sini.

PKR Pasir salak sign deklarasi itu bagi memudahkan PAS Pasir Salak membuat "RAYUAN" kepada ibupejabat Pas Pusat.

Tak berbangkit PKR serah kerusi Parlimen Pasir Salak kepada PAS.

Status quo ( kedudukan kerusi sama seperti PRU tahun 2008)

SETAKAT HARI INI , kerusi DUN Sg. Manik dan PARLIMEN Pasir Salak MASIH KEKAL ditandingi oleh PKR

-ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak

Tanpa Nama berkata...

Maaf ye...Mike xtau ape yang berlaku di Pasir Salak sebanarnye..mike orang yang datang entah dari mane tibe2 nak PRU timbul muke...Status Quo ditetapkan selepas PRU12..tapi sebelum PRU ade perjanjian antara PAS & PKR...Antara isi perjanjiannye ialah PKR hanya akan bertanding 2 kerusi di Pasir Salak pada PRU12 SAHAJA dan akan menyerahkan kembali apabila Dr Muhaimin pulang dari Luar Negara...Perkara ni jelas xde helah...Klu JANJI ni pun PKR xboleh Dilunaskan apatah lagi nak lunas JANJI pada Rakyat apabila menang Kelak...Jangan jadi macam UMNO cakap depan lain cakap belakang lain...

mohd syamsul alauddin berkata...

saya berpendapat bahawa perkara ini sudah selesai bilamana pemimpin PR pasir salak sudah menandatangani perjanjian tersebut..
sebaiknya tidak perlu ungkapan yang berbeza dgn apa yang telah diputuskan bersama oleh pemimpin PR..
politik berkait rapat dgn pengaruh, kuasa dan khidmat kpda masyarakat.. pastikan niat dan tujuan itu betul dan jgn hanya mengejar nama semata2..

anak muda pencetus perubahan negara.
mohd syamsul alauddin
ketua dwn pmuda pas pasir salak...

Tanpa Nama berkata...

Saudara razak jgn terus berpolitik pd pekara yg telah ter surat. Sepatutnya saudara memberi pencerahan pd pengundi parlimen pasir salak bukan sebaliknya.jgn kerana tuntutan agenda peribadi membuat saudara hilang arah dan tujuan.pimpinan pusat PR mahukan penyelesaian aman bukan mengeruhkan suasana.mana semangat setia kawan dan sumpah keramat....kami ahli pas telah banyak bersabar dan berkorban. Jgn mulakan sekali lagi!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Orang sumgai manik bukan bileh dimain dan diperbodohkan...cukup dgn permainan PKR tahun 2008(PRU12)...PKR patut sedar kemampuan untuk bertapak di Dun Sg.manik dan Parlimen P.Salak...

Norul Rizal Bin Abdul Rahim berkata...

Saya cabar anda buat statistik bilangan ahli PKR dan ahli PAS di kawasan Parlimen Pasir Salak. Anda akan lihat bahawa PKR ahlinya jauh lebih sedikit dari PAS di kawasan tersebut.

Begitu juga dari sudut cawangan yang dibuka. Anda harus berpijak dibumi nyata. Segala gerakerja pilihanraya selama ini dilakukan oleh orang PAS, baik di DUN mana sekalipun. Poster, sepanduk dan sebagainya milik PKR kami yang tampalkan. Orang anda hanya duduk dan sengeh sahaja.

Segala segi sehingga ceramah pun harapkan orang PAS sahaja yang nak bagi penuh. Ada cawangan mesyuarat pun, ada yang minta orang PAS hadir pakai baju PKR untuk bagi nampak penuh.

Berpijaklah dibumi nyata...

Risa Bin Abdul Rahim berkata...

Abdul Razak Bin Ismail

Hang duduk diam-diam dah la.. Biar kami uruskan hal ehwal Parlimen Pasir Salak ni.. Sibuk buat apa?

Kot kalau hang yang nak buat kerja tak pa la..

Cakap pandai buat kerja tidak jugak..harap buat blog anak aku 10tahun pun boleh..

hamidi hamizi berkata...

Salam...

saya salah seorang pengundi di parlimen pasir salak dan DUN sungai manik....saya nak tanya,berdasarkan surat yang telah ditandatangani oleh Cabang PKR Pasir salak dan PAS kawsan Pasir Salak adalah sudah cukup kuat membuktikan bahawa kerusi tersebut diserahkan kepada PAS untuk dipertandigkan, dan en.razak, kamu siapa dalam cabang pasir salak,adakah kamu penentu segala-gala dalam parlimen pasir salak. dalam pernjanjian kedua-dua pihak yang ditandatangi oleh ketua cabang dan YDP PAS pasir salak adalah cukup kuat membuktikan perkara tersebut tanpa perlu perlu pertelingkahan yang lebih panjang dan lebar. malah, en.razak ismail, saya berani jamin, ramai dikalangan pengundi parliman pasir salak tidak menganl langsung kamu siapa..bab status quo, adakah perkara tersebut terus mengikat PAS dan PKR di pasir salak,seandianya ada persetujuan kedua2 pihak maka apa pun leh berlaku dan bagi kami bukti yang PAS secara dokumen yang PAS serah kepada PKR.masa itu mungkin en.razak ismail memang tidak wujud langsung..hanya baru2 ini kami kenal tapi xpernah jumpa.

dan apakah dengan status penyelaras parlimen PAsir Salak dapat mengawal segala tindakan PAS dan PKR..penyelaras hanya menyerlas dan memberi komitmen kepada parti dalm komponen PR bukan mendabik dada seperti yang telah ditulis oleh en.razak.dan kenapa nak sangat mempertahankan status sebagai pnyelarasan parlimen?sape yang melantik?

xpela, harap en.razak ismail berjumpalah dengan pimpinan PAS kawasan pasir salak, seandainya anda tu betul2 seorang penyelaras parlimen pasir salak..jangan hanya bila program tunjuk muka je..harap maklum..anak muda pemangkin perubahan..

hamidi hamizi
anak cikgu manaf

saye berkata...

make tersebutlah sesi perebutan kuase, masih belom pon 'kite' yakni PAKATAN RAKYAT memerintah... jgn pk sape yg nk bertanding, waima si DAP sekalipon... yg PALING penting disini ialah... TUMBANGNYE UMNO jijik~
xkire la sape nk tnding kerusi bangku meje wheelchair mangkok tingkat... yg penting ASAL BUKAN UMNO!!!
p/s: siyes bosan politik kucar kacir, jgn samekan diri anda macam UMNO/BN

kami berkata...

kume sokong SAYE diatas!!!
ape ni!!! belom ape2 lg udah ade berbunyi2, plan xsiap, tukul dah dihempok2, jgn gile kuase, kelak dewase akan terpakse... kume xkesah sape bertanding pon.....
A.B.U

Tanpa Nama berkata...

Muhaimin sebagai S/U PAS Perak hendak tarbiyah ahlinya di Pasir Salak untuk belajar 'baiah' (taat) kepada keputusan pimpinan atasan.
Pihak PR di pusat dan negeri telah putuskan bahawa PKR bertanding di parlimen Pasir Salak dan lantarn itu tak bangkit isu sign Deklarasi itu
Pas jangan mula main isu tuntut menuntut kerusi.
Miang badan Muhaimin nanti kalau PKR mula tuntut Sg. Rapat di Gopeng atau Changkat Jong di Teluk Intan kerana kedua-dua kerusi itu dulunya dijanjikan 'dipinjam' Kepada Pas.
Kerusi Nizar di Sg. Panjang juga sebelum ini juga milik PKR

Ahli Pas Pasir Salak juga harus melihat isu kerusi ini dalam skop yang luas. Bukan disebabkan jentera Pas itu kuat Pas menang dan jentera PKR itu lemah ia kalah.

Ianya ada kaitan dengan janji Allah dalam surah Ali Imran ayat 26 antara lain berbunyi " Engkau berikan kerajaan kepada orang yang engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari orang yang engkau kehendaki"......dan seterusnya


Ahli Pas kena belajar ini...ianya tidak diajar ....tapi orang yang ada ilmu mengetahuinya.

Tanpa Nama berkata...

PKR kene ukur baju bdn sendiri la nak bertanding....Sbb kamu kerajaan Perak jatuh...rakyat perak xkan lupe semua tu...

Tanpa Nama berkata...

Pasal taat pada pemimpin...kami Pas hny beebai'ah wala' pd pemimpin kami...bukan pada PKR...

Tanpa Nama berkata...

Ini semua kerja kartun....kata dah sign deklarasi bersejarah....tapi yang pelik dan ajaibnya tak nampak pun pemimpin PKR dan pemimpin PAS bersalaman depan kamera.

Yang nampak foto tu si zamarul aini tu bersembor-sembor depan jemaah pas macam gaya umumkan kononnya PKR udah sign surat nyerah parlimen Pasir Salak kat PAS.

Lagi kartun teman dengor dari orang PKR kat Langkap bagitau teman si Zamarul tu dok hambat ketua cabang PKR kat Ipoh malam Ahad lepas dapatkan sign dia pastu sampai pukul 2 pagi dia dok menyembah ketok rumah AJK PKR yang lain untuk dapatkan sign dema.

Pastu pagi isnin dia upload dalam blog Pas Pasir Salak.

Tu dia punya dasyat korja orang Pas ni...

Betul tak betul ..orang Pas Pasir Salak kena tanya Zamarul

Tanpa Nama berkata...

Klu PKR rase nak hilang wang pertaruhan...kekal lah di Parlimen Pasir Salak dan Dun Sg.Manik.....

Tanpa Nama berkata...

Orang pas ni tak paham...letak terompah atas nama PKR pun pasti tak hilang deposit kalau tanding kat semenanjong malaya ni

Mamat pas ni lupa atau tak reti baca data PRU lepas...di Dun Kg. Gajah konnonya Pas kuat sangat, calon dia dapat undi jauh lebih rendah bandingkan calon PKR ya g tanding di parlimen kat setiap peti undi di dun Kg. Gajah.

Beul la brother sebelim nk cakap orang Pas tak ada ilmu tanding praya...tu pasal Pas tak memang2 lawan BN di dun atau parlimen di Pasir Salak.

Mana tidaknya YDP dia Mat Rock....asyik dok deklamasi sajak, tulis puisi la... ..berangan jadi orang seni......fokus politik....kata najwa latif ...KOSong...KOsong..KOsOng

Tapi yg jelas lagenda orang pasir salak agak tepat.......tikam belakang.....ingat JWw Birch mati kena tikam dari belakang.... sama juga mcmana Pas kwsn Pasir Salak 'tikam belakang ' PKR cbg Pasir Salak.....dan siap karaktor 'Pandak Endut' tu tak lain tak bukan mamat yang bernama ZAMARUL AINI

Orang pas selain kena pandai matematik p'raya juga kena belajar dari sejarah

Tanpa Nama berkata...

Alah cakap besar...selama ni PAS jugak tolong ko dlm piliharaya...nak tgk keadilan bergerak dgn sendiri mcm mane...ceramah pun xde org...penuh dgn bangku kosong je..ukur baju bdn sendiri la...klu PAS xpndi Pilihanraya knp PAS boleh bertahan 22 Tahun memerintah kelantan....

malu dgn PR berkata...

sumpah aku bosan politik kucar kacir,
malu la cmni... tau dek UMNO jijik mmg jdi bahan... binawe btol la...
cmni pon xleh nk settle ke???
aiseh... aku nk hebahkan bahawe PR mmg ade krisis dalaman...
so jgn marah andai yg jijik masih berkuase, sbb yg kerdil xtahu berkawan~
jgn samekan diri anda seperti UMNO
A.B.U

umno pr same berkata...

elok2 gua membangkang, terus gua naek atas pagar blk~

hamidi hamizi berkata...

1. Ape yang diceritakan oleh komen diatas, xperlulah tanya zamarul aini, sebab semua orang dah dengar penjelasan daripada zamarul aini.dari mula sampai abes(agak nya org yang ckap tu dgr speruh jalan je).ahli PAS semua faham pkra tersebut.

2. sememangnya mana2 calon kena ukur baju pada badan sendiri dan perlu ingat dalam komponen PR memang mmrlukan antara 1 sama lain.

3. sekiranya kedua2 pihak dah bersetuju, xperlu lah dipertikaikan lagi,dan nak bgtau ttg diklerasi kerusi tu, smua tu ciptaan manusia dan mnusia juga ynag boleh mngubahnya...harap maklum yer bkn perkra tu sperti hukum hudud wjib dilksanakan,tpi adalah hnya antara mnusia je(agknye yg komen tu xfham kot).

4. bab baiah kepda pimpinan, ahli PAS hanya berbaiah dan wala kepada pimpinan PAS shja..dan ahli PAS jga xpernh mmbca dan mnrima baiah kepada PKR mahupun DAP.akan ttpi ahli PAS msih bekerjsama dgn PKR dan DAP ats tahlul siyasi yang tlh dperjelasan olh presiden PAS.dan kne lah beza perkataan baiah dan kerjasama..

5. kesimpulannya, wlaubgaiman sekalipun,perjnjian telh ditermaterai oleh kedua2 pihak samada dari PKR mahupun PAS dan bersetuju dengan pembahagian kerusi tersebut..dan jga yang nak bekerja adlh ahli bawahan yg setia kepada parti masing2..

wallahualam..

ANAK MUDA Pasir Salak berkata...

tanpa nama yg kata YDP PAS pasir salak xde ilmu ttg politik ek..mike ade ape je????

YDP PAS pasir salak seorang yg layak dri semua aspek baik bckground ttg poltik mhupun seni dan juga kepimpinan..

YDP mmpunyai PHD dlam sains politk di UK..dan seorang pejuang bahasa yg dihormati malah seorng pensyarah..dan juga berpengalaman dalam poltik terutama di perak melebihi 10 tahun..mike ade ape..maah lebh layak dri mike..

periksa dulu,jangan buat andaian tanpa fakta..apapun ABU (ASAL BUKAN UMNO)


dituju khas kepada tanpa nama yang komen pada Sabtu, Oktober 20, 2012 12:13:00 PTG..

lu hancing bro... berkata...

PHD taik babi namanya....politik hancing namanya

Muhaimin s/u pas perak duduk dlm meeting PR negeri....dah putuskan di peringkat Negeri bahawa kedua_dua belah dah setuju PARLIMEN PASIR SALAK milik PKR .

Kita cabar Muhaimin seorang PONDAN kalau di 'gelapkan' keputusan PR peringkat Negeri itu.

Tapi yg kami dengar Muhaimin balik kena maki hamun dgn ahli Pas Pasir Salak bila umum hal itu.

Ahli pas kena baaiah dgn Muhaimin...kesian dia...dia ketua Pas kwsn bukan ketua PKR atau Dap

Jadi mamat yg dok ckp pasal baaiah walaq pada pemimpin Pas tadi kena mintak maaf dgn Muhaimin.

rakyat yg mungkin kene tipu ngan PR berkata...

gile la.... da stat mencarut bagai... hurm... kompem la undi umno lps ni... apa ni... weh malu la gua nk printscreen hebahkan pd masyarakat kg... bior deme tau sape PR nih...
mmg bulls**t la... gadoh pasal kerusi ni... ckp degar2 nk tumbang umno bagai... tp hasilnye kerusi pon xkompem lg... mmg syial la.... gua tgk org besar2 sengap je... yg kecik anak ni menyalak melebih2, sape yg nk bertanding??? wtf btol... aku skang ni nk risik2 umno le... mne tau dpt geran tanah kalo isi brg UMNO
A.B.U

benci perebutan kuase bodo!!! berkata...

sokong!!!! gua mls nk pg ngundi le rope nih... bior org kate gua xbertanggungjawab, janji gua xbertanggungjawab bg UMNO/BN memerintah... bior gua buat PARTI sndri, lawan atas tiket bebas... kome gadoh le lg pasal kusi ni kusi tu...
bo**H btol la dok gadoh pasal kerusi... mmg same ngan UMNO... PUUUIIIIIHHHHHHHH!!!!
A.B.U

ANAK MUDA Pasir Salak berkata...

SALAM...

APE YG BERLAKU SEBNRNYE ADALAH PROVOKSI DARIPADA UMNO UNTUK MEMASTIKAN PENGUNDI ATAS PGAR TRUS MENYOKONG UMNO..

HARAP SHBT YANG DLM KEADAAN MARAH NI TIDAK TERMAKAN DENGAN OMONGAN-OMONGAN KOSONG UMNO DAN PERLU INGAT DALAM BLOG NI SAPE2 PUN LEH MASUK..

DAN KITA HRUSLAH SENTIASA SOKONG KEPADA PR UNTK MEMASTIKAN UMNO TERUS TUMBANG..

SOKONGAN ANAK MUDA AMAT DIHARGAI..

DARIPADA:

ANAK MUDA PASIR SALAK
A.B.U

Lazim -Tukang Sidin berkata...

Apa kata kita tukar PKR ambik Kg Gajah tukar dgn dun Sg, Manik.

Sampai berjanggut pas tanding kg gajah tapi tak memang2. Padahal kg gajah banyak isu .teman dengar org felcra angin dgn tajuddin rahman mp bn tu pasal harga padi, baja, rumah Gen 2 lah tapi org Pas ubanggang tak ada akal nak main isu

Yang dia tau belonggok sesama dia 20-30 org kat markas dia buat tazkirah la...tapi syok sendiri...dgn org2 dia saja.

Apa punya banggang punya strategi politik. Ko ingat ada pengundi india & cina atau org atas pagar nak dtg program mcm aktiviti 'ayah pin' ni.

Pemalas jumpa pengundi memangla org pas. Tak nampak diarang edar risalah ke kat pasar pagi ke kat kg gajah tu.

Kalau nak ikut letak calon DAP pun kat dun kg. Gajah pun boleh menang.

Tapi tau org pas memang tangkai jering...hat dia mati hidup semula pun tak kan lepas....tapi kalau hak org lain...dia punya gelojoh sampai sanggup tikam belakang kwn sendiri.

leman pulau juar berkata...

Gua skong lazim tukang sidin cakap...

Punya tak logik pas kg. Gajah dia tengok umno naik bendera penuh kat pekan kg gajah dia punya macam org gila meroyan naikkan bendera pas.

Yang di tak tau bn tu byk duit ....tapi dia setiap ceramah tadah tempurung minta sedekah nak beli bendera.

Tengok la blog dia belah tepi tu....dah bertahun minta sedekah nak buat markas tak siap2.

Tapi berlagak 'chong' kat org ckp semua org kg gajah tu ahli dia...ada duit juta-juta tapi tak renti2 tadah tempurung mintak sedekah.

Itulah imej pas = kaki chong & mintak sedekah

mdzua berkata...

Bagus2 semua bagus.. nanti election PAS boikot PKR, PKR Boikot PAS..
DAP dok nganga tengok xtau nk sokong sapa

DENGAN INI SAYA HAMBA YG HINA MENGISYTIHARKAN PARLIMEN DI PASIR SALAK DAN SEMUA DUN DIBAWAHNYA DIMENANGI OLEH UMNO..

Kalau bawak melarat sampai peringkat negeri.. Zambry akan kekal jadi MB.. Penat lah korang dok guling2 depan keta Nazrin, mesyuarat bwh pokok, kena heret polis tempoh hari..

Tanpa Nama berkata...

Harap dlm ni je bedegor ckp puak-puak PKR@ Katak ni...klu suruh berdepan dgn org sg.manik ko tgk....mcm KAYU...nak ampu Hj Osman pun agak2 la...pi sembah kaki dye cepat....

bosan berkata...

mak datok!!! makin menyampah aku politik gile kuase kome nih!!!
smpai bile2 le umno haramjadah ni mng~

Tanpa Nama berkata...

Pucuk pimpinan PR Perak dah buat keputusan PKR yg bertanding di DUN Sungai Manik. PAS patut terimalah keputusan ni. Kami ahli PKR dgn jentera kami yakin bleh menang dun sungai manik walaupon PAS xtolong brkempen. Slps PRU 12 PKR yg byk anjur aktiviti & tetiba skang PAS nak tuntut balik kerusi Sg Manik. Kami bleh hadapi PRU 13 tnpa bantuan PAS.

masih ku ingat lagi berkata...

Salam...

"tanpa nama" PAS pasir salak cuma melaksanakan apa yang dijanjikan sepertimana tahun 1999 dan 2004 dan cuba pimpinan PKR bertanya kepada ketua cabang sebelum haji osman, dan di saksikan dengan beberapa AJK cabang serta PAS kawasan ketika itu..pada tahun 2008 kami bekerjasama seperti yang diarahkan tetpi apabila kami mahu pelaksanaan perjanjian lisan antara ketua cabang terdahulu yang menegaskan bahawa PAS meminjam1 kerusi kepada PKR iaitu kerusi Parlimen dan akan dipulangkan semula kepada PAS pada pilihanraya seterusnya oleh ketua cabang tersbut.

dan apabila ingin kata-kata tersebut dilaksanakan secra rasmi aiaitu penyerahan semula kerusi parlimen kepada PAS kawasan untuk dpertandgkan dgn cra hormat dan toleransi..malah ada rkaman video yg diungkapkan oleh ketua cbg yg baru untuk memngmblikan perjnjian yg terdhulu iaitu 2 PAS 1 PKR spertimna dalm PRU 10 dan 11 (1999&2004) dan kebiasaannya PAS parlimen dan DUN kg gajah n PKR DUN sg manik..

kesimpulannya, kembalilah kepada sejarah yg terdhulu dan perjnjian lisan terdhulu dan tya semula ketua2 cabang yang terdahulu dan terkini..mereka sedia mklum..

wallahualam..

anak muda pasir salak berkata...

tambhan..manusia pegang kepada janji, janji harus dilaksanakan walaupun pahit..

tahap kesabaran ada thapnya, begitu juga dengan ketahanan jiwa menanti janji yang harus ditunaikan..


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO