Cat Merah terlaris dipasaran... kini di Perak
siapa suruh? |
Sindrom 'simbah Cat' yang pernah satu ketika bas jelajah DSAI , kemudian terselit ludahan merah pula pada van BN dan kini potret Master of Pangkor Zambry Kadir. Sesuatu yang menjadi senario Malaysiku ... asal ada sahaja satu kes... maka dowline untuk kes tersbut akan menjadi bertimbun-timbun. Manjong satu daerah di negeri Perak kini bersiap sedia untuk kedatangan DS Najib yang dijadualkan 18hb. Oktober ini. Maka tindakan protes atau menangguk air bagi projek segera kini kelihatan disana sini menerusi simbahan cat merah.
Siapa punya kerja ? Apakah kecerdikkan pihak yang berbuat demikian menjadikan suatu keuntungan dipihak lain. Merah ini simbol warna bagi parti politik dan beberapa NGO Malaysia, namun sebarang pertuduhan hanya boleh berlaku begitu sahaja.
Simbah cat , siapa dapat untung? |
Terkadang ada insan yang mencari publisiti simpati dan ada pula yang mencari peluang dan rezeki. Apakah orang awam benci seseorang hingga bertindak sedemikian. Apakah ianya berkesan jika berbuat demikian?
Ingatlah biarlah pemimpin2 kita cerdik seumpama Dr Mursyi. 4 tindakan drastik Presiden Mesir ini , salah satunya melarang keras gambar-gambarnya digantungkan di tempat-tempat awam dengan alasan ramai yang mengundi kemenangannya, namun sebenarnya bukan mereka menyokongnya. Belajarlah dari dunia luar perkara yang cerdik agar rakyat dipimpin oleh mereka yang cerdik.
Petikan Otai manjung ..
Tiba-tiba pagi ni kecoh perihal gambar zambry kena simbah, ini bukan perkara baru sebelum ni dah berlaku di Manjung. Mungkin kini kerana terpengaruh dengan adegan simbah cat Bas Jelajah Merdeka yang tidak dikenakan tindakan kepada pembuat maka orang ramai mungkin kata tak salah buat macam ni! Dan macam biasa bila kena tang orang politik depa akan tuduh pihak lawannya, dan ada jugak yang kata simbah oleh orang parti sendiri utk dapat simpati. Aku bukan nak tuduh sesiapa disini, cuma aku nak kongsi apa yg ManjungMari & Fawi tak sentuh dan aku pun mulanya tak perasan ada isu yang cuba dibangkitkan disebalik isu ini.
Gambar yang tersebar di dalam facebook berbeza dgn gambar yg aku cilok fb dari geng-geng Umno Lumut, dalam hal ni depa lebih awal ketahui. Yg tersebar takde tulisan cina ni....
Pemuda Umno cuba menuduh mensyaki orang DAP yang buat semua ni...wakakakaaaa, beb lu tak cakap pun aku dah agak sasaran korang. Adakah ini antara motif & agenda sebalik semua ini?
Cuma kepala otak aku tertanya kenapalah org yg simbah tu tak buat malam sebelum Najib nak turun, kan realistik jika nak bagi najib tengok protes ini supaya MPM tak sempat nak turunkan banner ni. Lain kali kalau nak simbah, simbah depan-depan macam pemuda umno melaka buat...baru berani beb! Kenapa 3 hari sebelum...ohhh, masih sempat utk tukar baru! tukar baru job baru ada, ni ManjungMari ada ulas, korang baca kat Gambar Zambry Kena Simbah Cat, Ku Sangka Satu Rupanya Tiga .
** Apakah tindakan sebegini pemangkin lokasi2 daerah2 lain pun bertindak sedemikian? siapa buat? siapa untung? kesan positif or menyampah yang lebih?
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan