Ahad, Februari 26, 2012

Pasir Salak & Himpunan Hijau 2.0 : Kami bersama ANDA!!!

Sayangi Malaysia & Lynas , kami bersamamu

KUANTAN & IPOH - Biar pun berjauhan namun semangat untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati LYNAS , maka Himpunan Hijau 2.0 bukan sahaja di Kuatan malah turut bersemangat penduduk Pasir Salak sendiri. Bertempat di di Ipoh. Dengan kehadiran sekitar 500 - 800 orang, kami berhimpun menyatakan kebersamaan kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap ancaman kesihatan dan kesan bahaya bahan radio aktif.

Negara Jepun yang begitu maju pun, tidak dapat mengelakkan dari kebocoran Radioaktif inikan pula kuasa dan minda pemimpin yang korup menguasai dan meluluskan pembinaan loji tersebut di negara kita.
Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans.

Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya - Malaysiakini

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO