Rabu, Februari 22, 2012

Libang Libu buatmu Dato' 'T' ... kesan dan terkesan...

Petikan daripada :

http://abnnasution.blogspot.com/2012/02/jangan-la-kata-dia-bodoh-kata-bangang.html

Mari Kita Lihat Kebodohan Ahli Parlimen Umno Nih..

Inilah kebodohan paling terserlah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Umno. Tak cukup diserang Anwar setiap hari di media massa, sekarang bina billboard pula. Addin rasa, kalau si Tajuddin nih kalau duduk kat negara lain dah lama kena letak jawatan. Apa punya bodoh tindakan nih.. pasang billboard pulak, ish.. tak faham betul manusia macam nih pun boleh jadi Ahli Parlimen.

Kepada rakyat Pasir Salak, udah-udah ler undi Ahli Parlimen sengal nih.. otak letak di kepala lutut. Nasib rakyat tak mau dibela secukupnya.. oii.. rakyat pilih ko yoep bukan suruh buat perkara bodoh macam nih ler..

MP Pasir Salak Guna 'Billboard' Serang Anwar

PETALING JAYA - PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2).

Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama.

“PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan.

Beliau menegaskan “ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan.
Rugi RM250 satu tan

“Ini bermakna penanam padi di Felcra Seberang Perak mengalami kerugian sebanyak RM250 satu tan setiap kali musim menuai,” kata Razak kepada FMT.

Ujar beliau, “Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu.”

Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000.

Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan

Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh.

“Jabatan Audit Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) digesa menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan dana Felcra dalam penganjuran program Perhimpunan Warga Felcra tersebut yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM17 juta,” katanya. ~fmt

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO