Selasa, Februari 14, 2012

Kehakiman tidak dipengaruhi oleh Politik : Sejauhmana kita percayainya?


sistem kehakiman Sistem Kehakiman di Malaysia : Tun Mahathir VS Tun DZaidin?

Kalau sebelum ini bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaidin Abdulah meletakkan kelemahan sistem kehakiman di Malaysia di atas bahu bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga kalangan ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan. Walaubagaimanapun…..

Hujah Tun Mohd Dzaidin Abdulah Untuk Menyokong Dakwaannya :

  • Pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman yang mana kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen
  • Pada tahun 1988, Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh

Yang menarik perhatian kami dengan kenyataan apabila bekas Ketua Hakim Negara itu mengatakan hakim akan mula berdepan dengan “masalah” apabila melibatkan :

  • kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan
  • perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya

Walaubagaimanpun Tun Mahathir tidak berdiam diri dan mengatakan semua dakwaan yang dilakukan terhadapnya adalah fitnah.

Tun Mahathir mengatakan dakwaan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkaitan perkara itu adalah tidak berasas dan merupakan satu fitnah terhadapnya.

Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey

sistem kehakiman malaysia Sistem Kehakiman di Malaysia : Tun Mahathir VS Tun DZaidin?

“Mereka boleh tanya sesiapa pun untuk mentafsirkan undang-undang itu dan lihat sama ada berlaku seperti apa yang didakwa. Ini fitnah. Tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan jika benar seperti didakwa, sudah pasti saya akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan kehakiman semasa mentadbir negara dahulu.

Tetapi saya tidak akan saman mereka (atas dakwaan terbabit) kerana itu tindakan sia-sia,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim.

Mengapa tidak Tun Mahathir menyaman mereka. Kerana ini bukan soal tindakan sia-sia atau tidak, tetapi tuduhan yang diberikan kepada Tun Dzaidin cukup-cukup berat malah ia melibatkan kredibiliti sistem kehakiman di Malaysia itu sendiri yang mana kami rakyat turut sama menggunapakai sistem tersebut.

Tetapi jikalau Tun Mahathir Mohamad tetap berpendirian tidak mahu menyamannya, “kami faham”. Walaubagaimanapun ada satu kenyataan Tun Mahathir yang menarik perhatian kami apabila sebelum ini Bekas Ketua Hakim Negara antara tahun 2001 – 2003 :

  • Tun Ahmad Dzaidin mendakwa pemecatan Tun Salleh Abbas adalah keputusan Tun Dr Mahathir tetapi….
  • Tun Dr Mahtahir mendakwa Agong yang mahukan Tun Salleh Abbas dipecat

Kalau sebelum ini kes video VK Lingam (tentang percaturan hakim-hakim di Malaysia) yang pernah menggemparkan Malaysia, juga ada melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad malangnya sehingga ke hari ini kami tidak tahu apa kesannya kepada penyiasatannya. Hasilnya?

SUMBER

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO