Isnin, Mei 30, 2011

TGDS Haji Abdul Hadi merasmikan Dewan TG Haji Rais, PAS Kawasan Pasir Salak

Dewan kemegahan Markaz Pas Kawasan Pasir Salak dengan rasminya dinamakan Dewan Tuan Guru Haji Rais. Alhamdulillah setelah diusahakan untuk menjadi realiti sebenar Pusat Aktiviti Sosial Kawasan Pasir Salak , Chenderong Balai, Perak.

TGDS Hj Abdu Hadi Awang menrasmikan
Dewan Tuan Guru Haji Rais
Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat telah merasmikan penamaan dewan indah ini. Jawatankuasa Pas Kawasan Pasir Salak dengan restu Tuan Guru Presiden bersepakat memperingati tokoh ulung tempatan Tuan Guru Haji Rais sebagai nama yang perlu dikenangkan oleh masyarakat masa kini terutama penduduk tempatan negeri Perak.

TGDS Presiden menandatangani plak penamaan
Markaz PAS Kawasan Pasir Salak

Dewan yang disiapkan dengan hasil kutipan ahli dan orang ramai ini menelan belanja ratusan ribu akan menjadi lakosi aktiviti setempat dan peringkat yang lebih besar kelak. Ijtimak PAS Ganti UMNO ini adalah antara aktiviti peringkat negeri diadakan disini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh penyumbang-penyumbang keringat dan wang ringgit mereaslisasikan sebenar dewan ini. Insyallah , lokasi ini akan sentiasa menjadi popular dalam kebangkitan Islam kelak.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO