Isnin, Mei 30, 2011

Ijtimak PAS Ganti UMNO Perak @ Markaz PAS Kawasan Pasir Salak : Sangat BERJAYA!!!

Gamat mendengar amanat

28 - 29 Mei 2011, telah diadakan Karnival & Ijtimak PAS GANTI UMNO Peringkat Negeri Perak. Kali ini PAS Kawasan Pasir Salak menjadi host , dengan menjadikan Pusat Aktiviti Sosial PAS Kawasan Pasir Salak lokasi himpunan tersebut.

DS Ir Hj Nizar Jamaluddin menyampaikan ucapan

Pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan yang dirasmikan oleh Tuan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Haji Abu Bakar Hussain. Mermatlamatkan kearah kesedaran masyarakat tentang kezaliman pemerintah yang kini berlarutan 54 tahun. PAS Ganti UMNO merupakan program kelangsungan peringkat Kebangsaan seluruh negara.

Rancak berbincang icon PAS kini DS Ir Hj Nizar &
YDP Pas Kawasan Pasir Salak Dr. Muhaimin Sulam

Malam tadi berlangsung Ceramah Perdana PAS Ganti UMNO yang dihadiri oleh hampir 8,000 ke 10,000 orang pengunjung. Kehadiran Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS bersama saf kepimpinan yang lain , telah membawa minda masyarakat kearah mantap dan berpengetahuan.

Antara pimpinan yang hadir

Ucapan demi ucapan telah sampaikan antara penyampai yang berjaya membongkar kezaliman UMNO dan pemerintah kini ialah DS Ir Hj Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Tuan Haji Mohammad Sabu (JK Kerja PAS Pusat merangkap calon Timbalan Presiden PAS) dan di akhiri amanat Tuan Guru DS Hj Abdul Hadi Awang.

Satu persatu kezaliman pemerintah dibongkarkan yang mana penafian diarus media perdana tidak pernah diberi ruang walaupun pimpinan negara mencanangkan mengamalkan Negara Berdemokrasi. Ribuan pendengar tidak berganjak dengan ucapan pimpinan dan seruan untuk terus mendekati rakyat agar kesedaran secara menyeluruh dapat dilaksanakan.

Orang ramai yang setia mendengar

Alhamdulillah , semangat dan pengorbanan ulamak terdahulu menjadi pemangkin program ini. Ijtimak PAS Ganti UMNO ini sangat bermakna untuk terus menyuntik minda bawah segar rakyat kampung agar terus mendaulatkan Islam dan Parti Islam sebagai pendokong dan pemerintah negara yang tercinta kelak. Amin Ya Rabbalamin.

Tahniah, syabas dan terima kasih buat penganjur, jawatankuasa, petugas, penaja dan para penjual yang menjayakan program ini. Allah kan mencatat amal kebajikan kalian demi kemenangan ISLAM dibumi bertuah ini.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO