Ahad, Mei 15, 2011

Kepimpinan Baru Menyinari PAS Kawasan Pasir Salak

Perjalanan Mesyuarat yang amat tenang

15.5.2011, Alhamdulillah dan tahniah kepada semua perwakilan yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam muktamar PAS Tahunan Kawasan Pasir Salak kali ke-47 hari ini. Pelbagai usul diperbahaskan pada kali ini sinonim dengan pesiapan parti dalam arus PRU-13 nanti.
Dr Muhaimin Sulam YDP Pas Kawasan Pasir Salak sesi 2011/12

Ucapan perasmian yang mantap disampaikan oleh Dr Khairuddin b. Dato Abdul Malik , menyuntik semangat muktamirin dan muktamirat kearah kemenangan Islam di bumi Pasir Salak ini. Kupasan yang padat menampakkan kematangan berorganisasi. Jemaah amat dituntut dan seterusnya mental serta fizikal kearah memartabakan Islam dihati rakyat jelata menjadi ramuan utuh kemenangan Islam kelak.
Proses pengundian dijalankan

Muktamar Kawasan kali ini adalah penting dan pemilihan jawatankuasa baru juga dijalankan. Alhamdulillah saf peneraju tentera pengempur kawasan Pasir Salak semakin mantap. Insyallah kelak mencerminkan kelangsungan Islam berjaya menambat hati seluruh penduduk Parlimen Pasir Salak ini yang didalamnya terdapat 2 DUN iaitu DUN Kampung Gajah dan DUN Sungai Manik.
Insyallah dengan iltizam yang kuat , Islam pastikan berjaya. Allahu Akbar.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO