Rabu, Ogos 18, 2010

Mohon SUHAKAM jalankan siasatan.... jgn terusan berdiam.

Laporan : Malaysiakini

PAS menyerahkan dua memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan berlakunya 'gangguan dan keganasan' polis terhadap dua programnya di Johor dan Perak baru-baru ini.

Memorandum itu diserahkan oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman - bagi pihak penganjur program himpunan warga Felcra di Pasir Salak - dan Ketua Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Bagi program di Pasir Salak pada 31 Julai dan 1 Ogos, mereka mendakwa polis mengadakan pelbagai gangguan seperti membuat sekatan jalan raya, membuat tangkapan dan enggan mengeluarkan permit berhimpun walaupun sudah dua kali dipohon.

Manakala bagi insiden di Batu Pahat pada 31 Julai - yang disertai Datuk Seri AnwarIbrahim - polis didakwa menghentikannya, menghalau peserta dan merampas beberapa alatan di ceramah di markaz PAS.

Memorandum itu diterima oleh pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha'ani Abdullah.

Semasa menyerahkkannya di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur tengah hari tadi, kira-kira 35 peneroka Felcra daripada Perak, antaranya yang ditahan semasa program himpunan di Pasir Salak itu.

Menurut pengarah himpunan itu Razman Zakaria, program yang dihadiri Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin itu 16 petugas program itu ditahan - tiga daripadanya didakwa digari - kerana "mengganggu penjawat awam" dan "membawa sejata".

"(Mereka) digari, ditahan seolah-olah penjenayah besar," katanya.

Suhakam: Bukan perkara baru

Sementara Khairul Faizi pula dalam memorandumnya mendakwa dalam ceramah di Batu Pahat, polis bertindak melalui pelbagai cara bagi menggagalkan majlis mereka, termasuk "menggunakan kekerasan untuk memecahkan pintu stor" di tempat ceramah.

Dalam aduan lisannya kepada Mohd Sha'ani, Khairul Faizi juga mendakwa polis bertindak pilih bulu apabila membenarkan programnya di sebuah restoren pada hari yang sama tetapi ceramah di Sungai Tongkang tidak dibenarkan.

"Program di restoran diluluskan dengan alasan dibuat dalam bangunan dan tidak memerlukan permit.

"(Proram) yang kedua, tempat berbeza, (juga) dalam premis, tidak dibenarkan. Jawapan yang tak konsisten," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sha'ani dalam maklum balasnya berkata insiden yang dihadapi oleh kedua-dua penganjur program itu bukan satu perkara baru.

Katanya polis tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya "atas sebab keselamatan".

"Perhimpunan awam harus dibenarkan. Kita telah mengeluar laporan bahawa dalam penganjuran perhimpunan, penganjur hanya memaklumkan kepada polis dan polis hanya mengawal keadaan, bukan mengganggu (program)," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Sha'ani berkata, Suhakam akan bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menasihati mereka "lebih prihatin dan bertanggungjawab" dalam menjalankan tugasnya.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO