Ahad, Ogos 01, 2010

HIMPUNAN WARGA FELCRA , MENGGERUNKAN PIMPINAN KERAJAAN

Perjuangan mendapatkan Hak & Kebenaran sebagai warga Felcra perlu diteruskan demi kelangsungan ISLAM yang sangat membenci penindasan , penyelewengan dan penipuan berterusan pihak pemerintah.
Dalam merealisasikan kejayaan dan penyampaian isu kebenaran hak kekayaan rakyat, maka Jawatankuasa Himpunan Warga FELCRA Peringkat Kebangsaan Kali Pertama harus diberi pujian. Malam tadi berlangsung Ceramah I yang disampaikan oleh Sdra Mazlan Aliman , pimpinan lain dan Kemuncaknya Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin. Walaupun tentangan dan kehadiran pihak berkuasa polis dan FRU memagari kawasan namun ianya tidak mematahkan semangat rakyat yang sedar akan tanggungjawab mencari kebenaran hakiki.

Polis & FRU adalah anggota profesional di negara ini diperalatkan oleh rejim pemerintah. Sekali pandang ketika saya mula hadir seolah-olah terbayang dikotak pemikiran bhw kiti Changkat Lada merubah menjadi Semenanjung Gaza dikepung habis-habis. Pujian harus diberikan kepada anggota Unit Amal yang berjaya menjaga keselamatan dan mengawal pintu masuk kawasan himpunan. Laungan selawat dan kalimah Takbir berjaya menyuraikan anggota FRU dan Polis untuk memasuki kawasan himpunan. Ini provokasi bacul arahan atasan, kecut Dato' Tajudin Rahman. Kalau jantan sungguh turun naik pentas sekali berdebat kat situ.
Pagi tadi dijalankan Majlis Perasmian Seminar dan pembentangan kertas kerja khusus membongkar salah gunakuasa pemerintah yang mempergunakan dan memperalatan Felcra & Felda di tanahair. Perasmian disempurnakan oleh DS Nizar Jamaludin. Ucapan yang mantap memberikan semangat jitu buat penganjur untuk terus bertahan mengadakan program seumpama ini. Beliau juga diberikan kesempatan untuk melancarkan Risalah Khas 'Felda Bankrap' untuk edaran seluruh Malaysia.

Dato Zaid Ibrahim juga berkesempatan hadir menyuntik semangat buat peserta seminar dan memberikan sokongan penuh kepada penganjur dan PAS Pusat atas tindakan menyedarkan rakyat marhain di Felcra Malaysia.

JANGAN LUPA MALAM KEMUNCAK MALAM NI : DATANG AWAL BERAMAI!!!!!

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
SDRA MUHAMMAD SABU
SDRA MUSTAPA KAMIL AYUB

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO