Ahad, Ogos 01, 2010

18 Orang Unit Amal ditahan menjalankan tugas dalam Himpunan Warga Felcra


oleh : Bin Malek


Strategi pihak berkuasa malam ini amat rakus. Penangkapan 18 orang petugas Unit Amal ketika menjalankan tugas petang tadi sekitar jam 4 adalah cara rejim mengagalkan benteng utama penganjur meneruskan acara malam ini. Ugutan dan tangkapan tersebut tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir malam ni. Hingga kini jam 1040 malam , dianggarkan 1000 orang pengunjung hadir bagi mendengar amanat dan kebenaran hakiki, namun ratusan pihak berkuasa Polis , FRU bersama 'watercanon' bersiap sedia mengempur kawasan himpunan sekiranya ceramah diteruskan.

Apa yang pasti agenda utama himpunan warga Felcra 2 hari ini telah berjaya memecahkan minda segelintir masyarakat peneroka yang prihatin. Seawal jam 9 pagi hingg 5 petang pelbagai bukti penyelewengan Felcra & Felda telah dapat didedahkan. Sdra Mazlan Alimin mebongkarkan hampir 30 penyelewengan Felcra termasuk dari Felcra Seberang Perak hinggalah di Felcra Sarawak. Ianya secara langsung melibatkan pimpinan atasan dalam Felcra termasuk Pengerusinya Dato Tajudin Abd Rahman.

Nilai mentaliti masyarakat Felcra dan Felda harus dibuka agar kepincangan pimpinan negara masa kini tidak merasa selamat. Hingga kini Warga Felcra dan Warga Felda adalah talian hayat terakhir pimpinan negara kita kerana hampir 90 kerusi Parlimen mempunyai kawasan Felcra & Felda negara kita. Aduhai ANAK FELCRA & FELDA bangun menentang kehancuran pimpinan menghabiskan wang ANDA!!!!

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO