Rabu, Januari 14, 2009

Selamat Tinggal & Teruskan Perjuangan...



Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pasir Salak akan meninggalkan kita. Bukan sebagai si pengecut yang meninggalkan medan perjuangan, tetapi sebagai panglima medan perang yang akan meneruskan perjuangan di bumi JOHOR DARUL TAKZIM.

Sedih dihati meninggalkan sahabat Pemuda dan PAS Kawasan, namun amanah Allah bukan hanya di bumi Pasir Salak. "Bukankah bumi Allah itu luas, mengapa kamu tidak berhijrah?" maksud ayat Allah...

Semoga pemergian beliau direstui oleh semua terutamanya YDP merangkap murabbi al-Ustaz Mustafa bin Hj Shaari. Doamu amat dinantikan.

Sahabat Pemuda, teruskan perjuangan walaupun sejuta rintangan terpaksa ditempuhi. INGAT!!! Doa seorang mujahidin tidak akan disia-siakan oleh Allah...

Ampun maaf dipinta andai persahabatan kita selama ini menjadi sedikit sebanyak mengguris perasaan. Ampunkan saya...Wassalam....

Salam perjuangan,
Muhammad Akmal Bin Abdullah Sani

1 Comentário:

Tanpa Nama berkata...

HIJRAHMU Akmal, xdpt ditahan.Umpama kontraktor hilangan pelan bangunannya...namun moga dirimu terus berjuang krn JOHOR itu lubuk jemalang kelak pulang PENUH pengalaman.

Dari sana dirimu tetap PEJUANG


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO