Selasa, Januari 27, 2009

lompat parti - antara katak, tupai dan kijang


Seorang politikus di Malaysia sering diumpamakan bagai katak dek kesukaannya melompat parti. Kemudian segelintir mereka pula ada yang diumpamakan bagai sang tupai akibat dicekup BPR dan polis dek pecah amanah, rasuah dan pelbagai jenayah lagi.

Jarang sekali lompatan kijang diterjemahkan dalam perumpamaan. Ia merujuk kepada lompatan yang hebat dan aksi menarik

Oleh kerana lompatan itu sering diiringi dengan perolehan habuan harta dan pangkat, sang pelompat itu pasti akan dilabel dengan perumpamaan yang buruk - buruk. Antaranya katak.
Sementelahan pula pemerintah negara telah diterima umum sebagai pemerintah yang zalim, korup dan penuh penyakit, maka umum menerima perbuatan melompat parti sebagai satu aktiviti buruk dunia politik tanah air.

Ia payah berlaku di seluruh negara. Hanya Kelantan yang biasa sangat menyaksikan lompatan kijang dalam persada politik tempatan. Penghijrahan ahli UMNO kepada PAS adalah biasa sejak dulu. Hasilnya, selepas 12 tahun diperintah BN, PAS kembali menguasai Kelantan dan kekal hingga kini menghampiri tempoh 20 tahun. Sebabnya, lompatan kijang terus berlaku di sana

Adapun kekal dalam cahaya atau hijrah daripada kegelapan kepada cahaya, maka ia adalah sesuatu yang hebat. Kekal dalam cahaya adalah cerita kemanisan hasil kesabaran dan istiqamah, manakala bergerak kepada cahaya daripada kegelapan pula adalah cerita kemanisan hasil keberanian dan pengorbanan.
UMNO gelap kerana diselubungi kezaliman. Nabi kita sallaLlahu alaihi wasallam mengumpamakan kezaliman itu adalah bagai kegelapan yang berlapis - lapis. Oleh kerana UMNO jenis tak pakai ajaran nabi, maka mereka tidak sedar segala kezaliman yang mereka lakukan itu menambahkan lagi pekat kegelapan yang menyelubungi mereka.

Apabila melakukan kezaliman sudah mula sendat di jiwa dan mula menjadi kemanisan dan keseronokan, maka ia telah sampai ke kemuncak yang paling ditakuti. Tidak ada lagi yang boleh memalingkannya ke belakang untuk kembali. Ia dirundung ketagihan untuk terus berlaku zalim. Bagaimana ingin kembali? Atau lompat?
Bagai asap keretek yang disedut ke dalam. Ia tersedak di paru - paru dan di jiwa juga dek kegelapan perkhabaran yang dibawanya. Samada anda berhenti menyedutnya atau dengan terus mencuba keseronokannya, anda akan ditimpa ketagihan asap yang menjadikan anda pasrah dan rela mati demi mempertahankan asap gulita itu. Saat itu anda telah kelam di kemuncak yang ditakuti junamannya. Bagaimana ingin kembali?

Kita ini manusia. Manusia diciptakan dengan keajaiban dan kesempurnaan ciptaan tanganNya. Antara keajaiban ciptaan tuhan dalam dirinya adalah kesediaan hati jantungnya untuk kembali walau apa keadaannya. Antara kesempurnaan nikmat tuhan di luar dirinya untuknya adalah pintu kembali yang terbentang luas selama - lamanya sebelum matinya.

Hari ini kita menyaksikan beberapa aksi lompat daripada parti pemerintah kepada pembangkang berlaku. Mula berlaku. Ia ditunjangi kesedaran untuk menolak kezaliman dan kebobrokan dalam politik pemerintah. Ia baru. Seperti kata saudara Roslan SMS, lanskap politik negara sedang dilukis semula.
Jika benar bagai dikata, hujan telah serik dan katak sepi melompat. Dahan mula kering dan patah, tupai acap jatuh ke tanah. Semoga kijang keluar hutan memperaga aksinya.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO