Ahad, November 16, 2008

ISU MB PERAK RAMPAS KAMERA WARTAWAN

IPOH : Sudah dijangka, media akan mainkan isu ini, dan ramai dikalangan sahabat-sahabat dari negeri jiran menelepon, Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Ust Misbah, Setiausaha Akhbar, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian. Mereka bersama MB sedang makan tengahari, seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani, beliau memperkenalkan diri, MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani, Misbah serentak mencelah, jangan tandatangan dulu, lihat keseluruhan isi surat tersebut, dalam masa yang sama ada seorang jurufoto yang juga tidak dikenali mengambil gambar. Boleh jadi ini perangkap, nanti keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang mungkin boleh di ambil kesempatan memburuk imej MB. Seorang MB menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin. Lantas MB panggil jurufoto, bertanya dari akhbar mana, ada minta kebenaran atau tidak mengambil foto, jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli, MB panggil sekali dengan nada yang kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana didakwa. MB minta rakaman foto tadi dibuang, untuk memastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut dan serah pada Setiausaha Akbar yang duduk di sebelah misbah, dan meminta SU Akhbar pastikan gambar tersebut dibuang. Dan kamera itu diserah semula pada jurufoto dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, surat tersebut sudah ada dalam meja MB. Telahan misbah tepat, tidak sampaipun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009, belum kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan, Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian, ada beberapa orang ADUN BN memang ada di kantin sewaktu berlaku kejadian tersebut, tapi yang nyatanya Kubu Gajah tidak ada di kantin, beliau memang popular dengan sikap kurang ajarnya, perangai di Parlimen dibawanya ke DUN. Para pembaca boleh menilai sendiri , inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk burukkan MB dan kerajaan Perak.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO