Perkukuhkan JENTERA parti
Seluruh parti politik yang akan bertanding termasuk PAS sebenarnya tengah menempuh fasa pertama yang sentiasa sukar. Ia adalah menamakan bakal calon yang akan bertempur di medan pilihan raya.Politik sentiasa sukar dan memeritkan. Ia bertambah sukar apabila ia semakin memuncak. Sukarnya politik di luar, sukar lagilah politik di dalam. Menangani syaitan dan nafsu di dalam adalah lebih sukar daripada menangani musuh kuffar di luar walaupun ia pecah dan memuncak di luar. Parti tidak mampu menghalangnya timbul di saat pilihan raya kerana di saat inilah kesucian dan kekotoran hati itu diuji. Kita namakannya jentera pilihan raya. Kekalutan dan pergeseran menentukan calon akan mudah diubati kesakitannya apabila jentera parti utuh dan bersatu. Kekalutan biasanya di peringkat atas. Jenteralah yang akan memastikan penapisan yang berkesan. Jika jentera pilihan raya yang dibentuk lemah, kekalutan tadi akan merebak ke bawah dengan cepat dan tanpa kawalan. Saat itu kesusahan pasti berlaku. Politik adalah kerja utama khilafah. Politik Islam memudahkan pembinaan diri manusia sebagai hamba Tuhan. Bukankah ramai manusia dihumban ke neraka kerana pemimpin? Manusia ditipu kerana mereka menipu diri mereka sendiri. Manusia dizalimi kerana mereka menzalimi diri mereka sendiri.
Semoga Allah menyatukan kekuatan jentera Islam seluruhnya demi kemenangan dan redho daripadaNya. Allahu Akbar ............!!!!
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan