Jika BENAR : Advantange buat PR Pasir Salak! atau ... cerdiklah kalian.
siapa dikau? |
Jangan merasa terkejut kalau anda dapati Zambry Abd Kadir akan bertanding disana sebagai Ahli Parlimen.Sebenarnya kawasan Kg Gajah,Pasir Salak,Bota dan Belanja adalah kawasan yang ahli ahli UMNO merasa cukup selamat untuk bertanding walaupun kawasan Parit telah membuat perubahan pada tahun 1969 dan 1999.Namun secara pukulratanya BN menganggap kawasan kawasan ini adalah kubu kuat dan kawasan selamat mereka.
amcm? Dato Tajudin akan berkumbas! |
Peralihan Zambry ke Parlimen Pasir Salak ini dilihat sebagai "misi menyelamat pemimpin BN " kerana sememangnya BN sudah melihat bahawa di Negeri Perak sudah tiada harapan untuk BN kembali berkuasa.Sekiranya Zambry dikekalkan di peringkat DUN,beliau akan jadi ketua pembangkang yang tiada kuasa pemerintahan.Ini dilihat sebagai suatu kerugian bagi pemimpin pemimpin UMNO/BN.Untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi maka pemimpin pemimpin terpilih ini terpaksa dialehkan ke Parlimen,kena BN merasakan mereka mampu lagi mengekalkan kuasa di peringkat Persekutuaan.
Tambahan lagi kawasan yang bakal ditandingi oleh Zambry adalah kawasan "selamat".Namun dari gerakkerja yang ditunjjukan oleh Pas Kawasan Kg Gajah,Parlimen Pasir Salak bukanlah suatu kawasan yang mudah kepada BN lagi.Didalam PRU segala kemungkinan boleh terjadi.Dengan kuasa Allah,apa apa pun boleh berlaku.
Laporan dari Telok Bakong Online.
Siapa yang bertanding? anda sebagai voters perlu lebih bijak bukan seronok terkinja2.
Peperangan PRU ini perlu kepada pengalaman dan selok belok persenjataan minda, bukan saja suka-suka dan tak perlu dengar kata mereka yang terdahulu darinya.
Kematangan berpolitik diukur dengan kejayaan berfikir dan membuat keputusan berpasukan bukan semata-mata melihat gelombang dan silauan kemenangan sedangkan , keupayaan dan pertahanan diri masih jauh ketinggalan. Wang bukan segala-galanya , namun wang , tenaga , pengaruh dan kewibawaan penentu kejayaan. Silakan ...
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan