Ahad, Jun 21, 2009

PELEK TAPI BENAR : Bila Muhiddin Yassin menjadi Tuan Guru ala2 Mufti gitu.....

Undi BN boleh masuk syurga juga

KUALA KRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNOo dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Justeru katanya, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya.

Menurutnya, BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat. - Bernama

Undi BN masuk syurga gak, jap2 mari kita pikir2kan..kalau KITA Undi BN maknanya KITA..:---

1. Tolak hukum Allah (Hudud dan qisah)

2. Tolak al-Quran dan Hadis (sbg perlembagaan utama)

3. Murtad tiada halangan PEMERINTAH

4. Perbanyakan kilang arak kat Malaysia.. tak cukup yg ada sbb rakyat malaysia suka minum air buah2an tempatan mcm tu....

5. Judi..sumber pendapatan negara.. Malaysia Darul Judi.. Insyallah.. JUDI HARAM jika tiada BERLESEN. Ada LESEN...... HALAL

6. Clubing dan Pub..... belum cukup, maklumlah sekarang dh anak2 muda perlu bersenam dan mengeluarkan peluh di tempat2 mcm tu... baik utk kesihatan.. menjaga kesihatan juga satu ibadah..

7. Sokong ISA.... tahan tanpa bicara .. banyak bicara buat habis duit negara jek..

8. Runtuhkan masjid, surau..rumah2 rakyat..... hemmm... runtuh2

9. Mufti kalau betul ke salah ke tetap didapati bersalah kalau melarang org Islam masuk ratu cantik mcm ke bekas mufti selongor ( Allahyarham shohibur samahah Tuan Guru Ishak Baharom) dulu dulu tu.. DAH TAK INGAT gamaknya...

dan dan dan dan dan dan dan....

hemmm banyak lagi nie...

* Mu WARAS Mu Pikio..... Mu MALAS Mu MUNDUR...

* PETIKAN : http://sglampam.blogspot.com/

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO