Sabtu, September 08, 2012

Raikkan Ahli Baharu PAS , lenyapkan UMNO Cawangan.

10.00 malam 7 September 2012 dianggarkan seramai 1500 orang menjadi saksi bahawa terkuburnya UMNO Cawangan Kg Pulau Juar. Penyerahan borang ahli seramai 35 orang dan diikuti 13 orang yang lain, maka ianya menjadi catatan sejarah di lokasi tersebut. 
Tuan rumah
PAS Kawasan Pasir Salak yang diketuai oleh Sdra Muhaimin Sulam bersama tetamu kehormat DS Ir. Hj. Nizar Jamaluddin meraikan kemasukkan mereka dalam suasana penuh kemeriahan. Lembu dan kambing menjadi korban. Semangat kerja berpasukan semakin jelas kelihatan. Gandingan Penduduk Tempatan di perkarangan Rumah Keluarga Sdra Nazir, AJK PAS Kawasan Pasir Salak, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak, AJK PAS MTD Kg Gajah, AJK MTD Sungai Manik, MTPD dan seluruh jentera PR setempat.

Gelombang sokongan anak muda telah membawa kepada penampilan istimewa BBS iaitu Band Budak Sembahyang dan Mael Wing. Mereka menghiburkan kehadiran penduduk dan orang ramai secara santai dan berdakwah.

Band Budak Sembahyang
Sdra Muhaimin Sulam YDP Pas Kawasan, Sdra Drs Ishak Shaari bakal calon N49 Kampung Gajah dan DS Ir. Nizar Jamaluddin telah menyampaikan ucapan penuh bermakna secara santai berlegar-legar ditengah-tengah 1500 orang yang hadir. Ini membawa juta makna keakraban dan sokongan padu semakin mantap di Kawasan Pasir Salak dan khususnya Kampung Gajah. 


Musuh pastinya tidak akan berdiam diri, malah sekiranya menafikan UMNO terbubar di kampung ini , jelaslah kepada kita ahli-ahlinya pasti orang luar dari kampung ini sendiri. Kenyataan ini bersandarkan dengan kemasukkan ahli (orang kuat) mereka kini menyebelahi PAS kini.
Terima kasih buat seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program meriah seumpama ini terutama penduduk tempatan yang gigih melaksanakan tugas sejak sebulan lalu. Allahu Akbar!!!   









Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO