Selasa, Jun 12, 2012

Kompleks Sejarah Pasir Salak kini tempat BERCERAMAH?

Setelah hampir pasti Pemuda UMNO Kg Pulau Juar kan lenyap, kini Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan menjadi saksi kebangkitan jemaah PAS bersama Pakatan Rakyat. Satu persatu hati rakyat dimenangi dengan kebajikan dan ketelusan kepimpinan jemaah Islam. Tidak mustahil , lokasi sejarah ini terus menerus menjadi sejarah dengan semangat Dato Sagor & Dato Seri Maharaja Lela sendiri.

Kompleks Sejarah Pasir Salak

UPU Pasir Salak sememangnya dikuasai oleh PAS & Keadilan bagi penggal sebelumnya, sudah pasti kegelisahan pendokong dakyah UMNO kian kegelian untuk memenangi jiwa orang muda setempat.

Jom kita bersama YB Khalid Samad & Bakal Calon DUN Kampung Gajah PRU-13

Kuasa wang yang digunakan oleh pemerintah sekarang, pastinya diambil, walaubagaimanapun mantop orang muda cermin kebenaran bersama ISLAM akan terus bersinar.

Pada 16 Jun 2012, YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam akan menjejakkan kakinya di bumi sejarah ini. Kompleks Sejarah Pasir Salak kini akan menjadi lokasi ceramah penerangan isu-isu PANAS kontemporari. Bersamanya kelak Ust Ishak Shaari yang juga dengan gelaran DRs Ishak Shaari, disebut-sebut bakal calon PAS N49 DUN Kampung Gajah turut sama berkongsi dan memberi kupasan isu semasa disana.

Orang ramai seantara Perak dan anak-anak tempatan setempat dijemput hadir bersama bagi menyatakan sokongan dan mengetahui info mendalam demi kemenangan ISLAM bersama menuju ke Putrajaya.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO