Sabtu, Jun 09, 2012

Isu Scandal Scopene : memalukan M'sia di kala Chong Wei & Nicol David No. 1 Dunia.


Fadiah Nadwa antara Peguam Rakyat Malaysia yang cekal bersama fail-fail Isu Scandal Scopene


Scandal Scopene Najib  Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
[Scopene Scandal] Tiada sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan pada yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah.
Setiap negara ada sistem undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika mahkamah mahu memanggil individu yang dirasakan sesuai bagi untuk menjadi saksi dalam membantu siasatan dan dalam pada masa yang sama ruang yang ada nanti semasa prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi membersihkan namanya pun masih tidak diendahkan, natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah timbulnya pelbagai spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus memerhatikan perjalanan kes berprofil tinggi,Scopene scandal ini.

Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kanada (Vancouver Sun)

Scorpene Submarine Najib Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya

Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Hong Kong (Ming Pao)

Najib Scorpene Case France Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
Pemberita Hong Kong Ming Pao contohnya sudah mulai mengikuti secara dekat perkembangan kes berprofil tinggi ini. Antara butiran yang terkandung dalam laporan berita yang dikeluarkan oleh Ming Pao ini antara lainnya menyebut :
  1. Sebuah syarikat Hong Kong, Terasasi diheret dalam kes ini scorpene scandal ini
  2. Terdapat pengesahan untuk mengatakan Razak Baginda dan juga Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua individu ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.
  3. Syarikat di Hong Kong, Terasasi itu  yang didakwa telah menyalurkan 36 juta Euro kepada Datuk Seri Najib dan rakannya
  4. Sebuah syarikat Perancis, DCNS disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi mendapat kontrak membekalkan 3 buah kapal selam Scorpene ke Malaysia melalui sebuah syarikat Hong Kong (Terasasi) yang ada kaitan dengan Razak baginda

Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kemboja (The Phnom Penh Post) 

Scorpene Scandal Latest Scorpene Scandal (USD500 Juta) Mendapat Liputan Berita Harian Kemboja, Kanada dan Juga Hong Kong!!
Terdapat dua ayat yang berjaya menarik perhatian berdasar laporan berita yang dikeluarkan oleh The Phnom Penh Post :
  • And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.
  • If so, Tuya’s gruesome death will not have been in vain
Jikalau di Malaysia liputan berita sebegini, kurang mendapat tempat dikalangan pemberita media arus perdana baik daripada media elektronik mahupun media cetak. Dan, dua kenyataan yang kami petik berdasarkan laporan berita The Phnom Penh Post memberikan satu isyarat yang mana besar kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin?
 P/S : Kami berharap saksi yang dipanggil dapatlah kiranya memberikan kerjasama bagi melancarkan penyiasatan kes yang dijalankan mahkamah Perancis ketika ini, apatah lagi ia melibatkan nama dan kepentingan negara. Dipanggil menjadi saksi bukan bermakna seseorang itu bersalah, tetapi apabila nama disebut berkali-kali pun masih tidak diendahkan, itu semua yang akan menimbulkan persoalan dikalangan ramai pihak….
PP/S : Bagi kami tuduhan yang dilemparkan media asing kepada pemimpin no 1 negara Malaysia bagi Scorpene Scandal ini cukup berat. Pertama, didakwa terima rasuah. Keduanya, terlibat dalam kes pembunuhan gadis Mongolia. Kalau di Malaysia, “hayat pemberita” seperti di atas mungkin tidak lama. Tetapi bagaimana pula dengan pemberita media asing ini? Adakah cukup sekadar berdiam diri?

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO