Selasa, Mac 27, 2012

Ucapan Tahniah : Rintis Kejayaan Orang Kampung

Senyuman kejayaan

PAS Kawasan Pasir Salak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh 146 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang telah berjaya menerima Diploma Tasawur Islam dalam majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini.

meraikan bersama

PAS Kawasan Pasir Salak mengucakan tahniah kepada seluruh graduan ILHAM dari Negeri Perak kerana menjadi negeri yang paling ramai melahirkan graduan Ilham iaitu seramai 77 orang. 4 insan yang menjadi tenaga ini ialah Sdra Zamarul Aini (aq le hihihih) , Kak Jamaliah , Kak Faridah & Sdra Zulkifli. Moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kemenangan pendidikan anak-anak muda tempatan untuk lebih berjaya dunia dan akhirat.


Memandang tanggungjawab untuk kemenangan Islam

PAS Kawasan Pasir Salak juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad kerana telah berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga beliau.
Jom kita sambung lagi...

PAS Kawasan Pasir Salak, melihat kecemerlangan di dalam pelajaran sebagai satu kemestian bagi mereka yang ingin membawa risalah dakwah Rasulullah SAW ini, selain itu tribulasi di Malaysia yang semakin mencabar memerlukan kepada persediaan yang mapan dan latihan yang mencukupi bagi graduan baik dalam bidang dakwah.

PAS Kawasan Pasir Salak, berharap agar graduan ILHAM mampu menjadi individu yang kompeten dan mempunyai daya saing yang tinggi sebagai modal insan untuk negara yang kita cintai.

Kepada mereka yang masih belum mengecapi kejayaan tersebut, PAS Kawasan Pasir Salak mendoakan kejayaan mereka serta mengharapkan mereka dapat melipat-gandakan usaha pada tahun hadapan.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO