Isnin, Mac 19, 2012

Jelajah Mahabah Keinsafan : Zua XPDC & Mael Wings

video

Deklamasi Sajak oleh Dr Muhaimin Sulam bersama Zua XPDC


Pesembahan di Seberang Perak

16 - 18 Mac 2012, MTD Kampung Gajah membawa jelajah kampung bersama hiburan alternatif Zua XPDC & Mael Wing. Jelajah Anak Muda Kampung Gajah bersama berhibur ini amat bermakna dalam mengetengahkan hiburan alternatif anak muda masa kini.

Zua XPDC di Dataran Golok Simpang 4, Kampung Gajah

Syariat Islam tidak pernah mengharamkan hiburan, namun acuan hiburan sebanar Islam adalah terbatas dengan prinsip kehidupan yang syumul insan beragama. Jauhi perkara haram dan tidak melalaikan dalam masa 2 tertentu adalah antara prinsip yang harus dipatuhi.

Sdra YDP Pas Kawasan Pasir Salak bersama Mael Wings setelah membuat persembahan masing-masing.

Berpandukan prinsip ini maka hiburan alternatif dicanangkan kelapangan anak muda masa kini dalam mengisi kesunyian dan kelalaian dengan dunia yang sementara. Pas MTD Kampung Gajah membawa secara live program jelajah Mahabah Keinsafan bersama dua pesenoliti terkenal yang kedua-duanya berasal dari Parlimen Pasir Salak sendiri, Zua XPDC orang Kg Selat Pulau & Bekas vokalis kumpulan rock wing, Mael Wing dari Chenderong Balai.

Jemaah masjid sambil beriktikaf dan mendengar Forum Dai Keinsafan oleh Zua XPDC & Mael Wings

Sepanjang 3 hari penjelajahan keinsafan ini, mereka diberi peluang sepenuhnya berinteraksi dengan anak-anak muda dan orang ramai segenap lapisan.

Forum Dai Keinsafan di Masjid Lama Kampung Gajah

Bukan sekadar berhibur malah penampilan mereka kini membawa bersama ke pengisian kuliah subuh di Masjid al-Ansar, Felcra Seberang Perak & Forum Dai Keinsafan di Masjid Lama Kampung Gajah. Peluang mendekati mereka amat bermakna bagi diri anak-anak muda dan program mereka berakhir malam tadi di Dataran Golok, Simpang 4, Kampung Gajah. Konsert ala-ala seniman jalanan atas Mahabah Keinsafan.

Mini Forum Mael Wings & Ust Sidik Nor di Dataran Golok Simpang 4, Kg Gajah.

Beberapa lagu telah dapat disampaikan bersama mereka pada malam tersebut. Antara lain Zua XPDC & Mael Wings dengan lagu Ala Omak Kahwinkan Aku , Dewi , Bumi Milik Tuhan , Lena diulit Tuhan , Ranjang Mawar dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, Sajak dan Mini Soal Jawab bersama Ust Sidek Nor juga menceriakan dataran tersebut.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO