Sabtu, Januari 21, 2012

Veteran Umno saman kerajaan negeri Perak


KUALA LUMPUR, 20 Jan:Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

Tindakan ini dibuat melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

(Gambar: Haji Jauhari menunjukkan surat yang difailkannya di Mahkamah Tinggi hari ini)

Berdasarkan kajian kes, pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.

Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan.

Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd.

Semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.

Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.

Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Jauhari yang dibatalkan.

Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.

Tindakan Mahkamah diambil kerana Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan.

Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran Umno.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO