Rabu, Oktober 06, 2010

HIDUP WARGA EMAS SETELAH 53 TAHUN MERDEKA DI BUMI MALAYSIA : Tidak semua tetapi masih ada yang sebegini.

Pak Latif menyambut kehadiran kami dalam keadaan amat terharu, berlatar belakangkan dapur masakannya pinggiran tebing Sungai Perak

SELASA, 5 OKTOBER 2010 KAMPUNG BANDAR, KAMPUNG GAJAH. Jawatankuasa Kebajikan Majlis Tindakan PAS DUN Kg Gajah telah membuat kunjungan serta menyampaikan sumbangan ke lokasi kediaman seorang warga emas terpinggir di Kampung Bandar ini. Sejurus tiba kami dikejutkan dengan mendapati kediamannya hanyalah merupakan suatu bidang tanah lapang tempat beliau bekebun menanam ubi kayu dan pisang. Manakala dapur memasaknya hanya sekadar dibawah sepohon pokok kekabu pinggiran tebing Sungai Perak. Subhanallah.

Hanya beralaskan sekeping papan untuk meletakan keperluan masakan

Abdul Felatih bin Hashim, dilahirkan pada 22 April 1950, kini beliau berusia 60 tahun. Abdul Felatih atau lebih senang dipanggil Pak Latif tidak pernah berumahtangga. Faktor kemiskinan hidup sehariannya menyebabkan beliau tidak berpeluang mendirikan rumahtangga sebagaimana lelaki lain.
Kelihatan alatan memasak termasuk batu lesung tanpa almari atau rak khas untuk simpanan

Rutin hariannya yang sangat menghayat hati. Kebiasaannya , sebaik sahaja selesai memasak juadah mana yang ada untuk mengalas perut diwaktu malam sekitar jam 6.00 ptg ke 7.00 malam. Beliau akan ke bangunan surau usang tanpa kemudahan elektrik dan air bersih sekitar jaraknya 500 meter dari tanah persendiriannya tadi. Disinilah tempat beliau melabuhkan tirai malam menumpang teduh menantikan mentari pagi.
Beliau menunjukkan dapur masakan yang digunakan dalam kehidupan sehariannya

Setelah fajar terbit , beliau akan kembali ke tempat memasak tadi untuk menyediakan sarapan dan seterusnya mengusahakan kebun tersebut seadanya. Beginilah kehidupan rutin seharian Pak Latif yang sangat mengharapkan ehsan mana-mana pihak berwajib dalam menyediakan beliau tempat berlindung dan berteduh seharian.
Pak Latif menunjukkan tempat tidur tumpangannya di Surau Usang tinggalan orang-orang kampung terdahulu. Hanya beralaskan sehelai tikar.

Menurut Pak Latif , beliau menjalani hidup sebegini sejak tahun 2007, sebelum itu beliau hanya menumpang disebuah rumah tinggalan Allahyarham ibunya, namun malangnya rumah tersebut telah pun runtuh akibat proses pereputan kayu-kayunya. Pak Latif ini menyara hidupnya dengan bantuandari Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Kampung Gajah sebanyak RM 150.00 sebulan dan hasilan pisang tanaman di kebunnya tersebut.

Sdra Rohizal Jamali menunjukkan lokasi tempat sebenar Pak Latif menyimpan barangan keperluan masakan beliau termasuk kayu yang digunakan untuk kegunaan dalam masakan. Tutup elak basah dek hujan semata.

Berdasarkan rekod dan temubual kami, Pak Latif pernah memohon untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT, namun sehingga kini janji hanya tinggal janji.


Berdiri teguh dilokasi tumpang berteduh hujan dan kegelapan malam Surau Usang tinggalan penduduk setempat di Kampung Bandar, Kg Gajah

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO