Jumaat, November 13, 2009

Lawatan Pesuruhjaya PAS Perak ke Pasir Salak


Siri lawatan Pesuruhjaya PAS Perak ke kawasan-kawasan. Lawatan malam tadi amat mengesankan sekali, seluruh Ketua dan Setiausaha cawangan-cawangan dari hampir 55 cawangan telah menghadirinya. Jawatankuasa Muslimat dan Pemuda juga kelihatan ramai yang hadir.

Kami sama-sama duduk bersila di markaz PAS Kawasan. Teringat program-program PAS 20 tahun dulu, duduk bersila dalam markaz bersama pimpinan, mendengar ucapan dan ceramah dalam apa sahaja program yang dianjurkan. Mesyuarat, usrah, tamrin mahupun kursus semuanya bersila dalam markaz.

PAS Pasir Salak juga menyatakan memohon kembali tapak tradisi calon PAS di Sg Manik yang sebelum ini di pinjamkan kepada PKR kerana pada PRU-12, PAS tiada calon. PAS Pasir Salak juga telah bersedia dari segi tenaga jentera, calon dan juga kewangan untuk menghadapi PRU-13. Walaupun JPN tidak membenarkan Sg Manik dikembalikan kepada PAS oleh kerana Status Quo, namun kami masih berharap dengan kajian seluruh penduduk Sg Manik mahukan PAS bertanding disini.

Pesuruhjaya menerima memorandum yang disampaikan oleh KPDPP Pasir Salak pada malam itu. InsyaAllah akan dibawa ke mesyuarat harian perhubungan.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO