Khamis, November 19, 2009

Buat kali pertama Jabatan Amal bertemu Pesuruhjaya




Mereka pernah digelar Tentera Merah sewaktu berkhidmat membantu mangsa banjir di Johor beberapa tahun lepas ketika Johor dilanda banjir yang begitu teruk. Jabatan Amal dari seluruh Malaysia yang baru menukar warna uniform mereka ketika itu bergegas ke Johor dan masuk ke pelusuk tempat membantu mangsa banjir, kedatangan mereka yang serba merah mengejutkan penduduk kampung dan mereka mengelar Tentera Merah. Kedatangan mereka akhirnya diterima oleh masyarakat dan masyarakat segera mengiktiraf sumbangan mereka.

Malam tadi Tentera Merah bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Perak.

Jabatan Amal Negeri Perak yang ditubuhkan atas misi membantu rakyat atas dasar kebajikan diseru menjadi duta PAS kepada masyarakat. Begitulah yang diharapkan oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Husein, Pesuruhjaya PAS Perak dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Jabatan Amal negeri Perak. Turut hadir dalam pertemuan tersebut Setiausaha Perhubungan dan Bendahari PAS Perak

Jabatan Amal sudah dikenali ramai dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Dengan beruniform merah, mereka bukan sahaja kelihatan segak bahkan pantas, cekap, mahir dan cepat bertindak apabila berlaku musibah.

Di mana sahaja berlaku musibah sekiranya mendapat maklumat seperti banjir, ribut, lemas dan sebagainya sepantas kilat anggota Jabatan Amal akan berada di tempat kejadian seawal mungkin sebelum pasukan lain tiba
Begitulah pantasnya mereka bertindak mambantu masyarakat yang ditimpa musibah. Walaupun peralatan mereka serba tidak mencukupi namun semangat kerelewanan mereka mengatasi segala-galanya. Mereka tidak mengharapkan sebarang upah dan imbalan, bekerja dengan dengan ikhlas sesuai dengan moto "BERAMAL KERANA ALLAH".Dalam kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang dan lemas di Batu Berangkai Kampar, Jabatan Amal adalah antara yang sampai awal memberi khidmat bantuan mencari mangsa lemas. Dan Jabatan Amallah antara yang menjumpai mayat di Kuala Dipang dan Batu Berangkai.

Begitu juga dalam kejadian banjir yang melanda beberapa buah daerah di seluruh Perak, Jabatan Amal ada di mana-mana memberi bantuan.

Dalam pertemuan lebih dua jam, Pesuruhjaya PAS negeri bersama pimpinan yang lain bersedia mendengar segala permasalahan dan keluhan yang disuarakan terus dari hati nurani mereka yang ikhlas agar pimpinan PAS di semua peringkat memahami dan mengambil berat kebajikan anggota Jabatan Amal.

PJ Perak memberi jaminan akan sentiasa peka dan cuba mencari jalan bagi membantu mengukuhkan ekonomi unit tersebut agar perkhidmatan mereka akan lebih efisen.

1 Comentário:

anak muallaf berkata...

salam,
Tahniah pada panglima tentera merah dan anak buahnya kerana cemerlang menjalankan tugas.

Teruskan dan tingkatkan lagi mutu perkhidmatan.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO