Ahli PAS perlu perkayakan ilmu politik : TG Nik Aziz - Mursyidul Am PAS
Petikan : Harakahdaily.net Setiap dari ahli PAS disaran agar memiliki pengetahuan mengenai ilmu politik dengan membaca buku. "Ilmu politik tiada di sekolah, kalau kita ingin memperolehi ilmu politik, maka kita kena baca buku yang ditulis oleh orang politik,"jelasnya. Malah ujar Menteri Besar Kelantan itu, tindakan tersebut akan dapat menjadikan diri seseorang mempunyai ilmu semasa. Malah, beliau mengingatkan agar mencari ilmu yang kebiasaannya diperolehi menerusi membaca, supaya dengan ilmu tersebut dapat menjaga diri seseorang. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa. Pengunjung kelihatn berpusu-pusu membanjiri kawasan tersebut terutamanya golongan muda dan remaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Masing-masing mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan Nizar. - mks. _ - Sewajarnya kita selain ILMU , minda terbuka dalam beramal & berdakwah lalu terus menerus BERDAKWAH kepada RAKYAT MARHAEN. Tiada jalan mudah menuju SYURGAMU YA ALLAH, justeru jangan dok di zone selamat dirumah je, turun gelanggang dengan ILMU yang diperolehi. |
Catat Ulasan