Jumaat, September 26, 2008

Tazkirah & Iftar d' bazar Ramadan Kg. Gajah

Hari ini 26 Ramadan 1429 (Jumaat) telah menjadi sejarah stesyen teksi & bas Kg Gajah dimana biasanya yang sering menjadi tumpuan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan perhubungan , menjadi medan ILMU dan tapak solat berjemaah. Ini adalah hasil program yang dianjurkan oleh Seketriat Penyelia DUN Kg. Gajah dibawah Gabungan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.

Bermula jam 545 ptg tazkirah diambang Iftar telah dijalankan oleh beberapa tokoh agama disamping menjadikan halwa telinga pengunjung Bazar Ramadan suasana ILMU disamping mendapatkan makanan. Ianya menjadi suatu perubahan baru dalam mewujudkan suasana Ilmu di Ihya Ramadan tahun ini.

Sejurus itu Iftar bersama Penyelia DUN Kg. Gajah AF Ustaz Mustafa Shaari telah dilaksanakan serta sambutannya sangat memberangsangkan. Dari tinjauan yang dibuat kebanyakan pengunjung bazar amat selesai dengan keadaan baru ini dan bagi penjual d'bazar ramadan pula kesempatan ini memberikan mereka beramah mesra dengan pimpinan setempat dan berjemaah Maghrib bersama. Moga budaya seumpama ini akan diadakan berterusan dalam suasana yang sangat harmoni bagi mendekati jiwa rakyat setempat.

Turut bersama di Iftar kali ini adalah barisan Jawatankuasa Seketeriat Penyelia DUN Kg. Gajah sendiri. Syukur Alhamdulillah suasana baru ini disempurnakan dengan jayanya seiring dengan mencetuskan implimentasi sujud walau dimana kita berada. Teruskan USAHA ini.




Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO