Raya d' Kampong Gajah
Bunga Raya lambang bunga kebangsaan negara kita , namun ketibaan Syawal 1429 juga memberi makna Aidilfitri menjelma kembali. Syukur Alhamdulillah kita telah menempuhi 'School Of Ibadah' iaitu Ramadan Al-Mubarak.
Maka seluruh ahli di perantauan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing petanda keukhuwahan perlu diteruskan. Kampong Gajah juga tidak sunyi dan menerima kepulangan warga kampung yang sedang berkhidmat diperantauan. Pekan Kampong Gajah sesak dipenuhi dengan deretan kenderaan dan mereka masing-masing membuat persiapan terakhir menghadapi Syawal.
Kelihatan pekan sehari Selasa dipenuhi warga kota dan suri rumah untuk memenuhi keperluan seisi rumah. Apa yang penting roh ramadan pastikan wujud sepanjang kehidupan seharian agar KEIMANAN KITA TERUS KEKAL dilindungi RAHMAT ALLAH.
Kami admin paspasirsalak.blogspot.com (ibnu musa & ibnu Abd Malek) sewakili Seluruh Jawatankuasa Seketeriat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kampong Gajah mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN kepada penggelintar blog ini semoga terus mendokong perjuangan memartabatkan ISLAM dibumi ALLAH ini.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan