Khamis, Januari 12, 2012

SBPA Ditangguhkan !!! Penangguhan Ambil Masa Beberapa Bulan Lagi @ Mungkin Selepas PRU Ke 13

sbpa ditangguhkan SBPA Ditangguhkan !!! Penangguhan Ambil Masa Beberapa Bulan Lagi @ Mungkin Selepas PRU Ke 13

Harga barang telah pun naik sekarang ini mendahului pelaksanaan SBPA sekarang ini. Walaubagaimanapun sumber-sumber rapat mengatakan Kabinet memutuskan supaya SBPA ditangguhkan. Penangguhan SBPA (sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) adalah di antara alasannya ialah :

  • Ramai kalangan kakitangan awam yang tidak berpuas hati dengan skim SBPA ini
  • Tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja)
  • Peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi di mana terdapat dakwaan kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus
  • 1.4 juta kakitangan tidak menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA
  • Terdapat dakwaan ada kakitangan awam yang dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji
  • Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Kronologi Terakhir Sebelum Keputusan SBPA Ditangguhkan.

Penangguhan SBPA yang diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam, 11 Januari 2012 :

  • Pada 10 januari 2012 – Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari
  • Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.
  • Pada 18 Disember 2011, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu
  • Jabatan Perkhidmatan Awam membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember 2011 dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember 2011, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012 selepas pertemuan Cuepacs dengan Datuk Seri Najib Razak.

Antara kata putus disebalik keputusan SBPA ditangguhkan adalah seperti berikut :

  • kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat
  • kemungkinan besar, ekoran selepas SBPA ditangguhkan ini ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk perlaksanaan semula ataupun berkemungkinan besar selepas pilihan raya umum ke 13 nanti
Kenyataan rasmi daripada JPA sendiri mungkin akan dikeluarkan samada :
  • hari ini atau esok (besar kemungkinan)

Berapa Ramai Yang Dah Sain Borang Opsyen SBPA?

  • Dah (86%, 355 Votes)
  • Memang tidak berminat dengan SBPA (7%, 29 Votes)
  • Belum lagi (7%, 28 Votes)

Total Voters: 412

Setuju SBPA Ditangguhkan?

  • Setuju (56%, 210 Votes)
  • Tidak bersetuju (44%, 164 Votes)

Total Voters: 374

P/S : Apa pendapat anda disebalik berita keputusan SBPA ditangguhkan ini?

http://beritasemasa.com/

Konvensyen PR: Bersihkan Malaysia, Pinggir Kepimpinan Korup

PETALING JAYA, 11 JAN : Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 yang bakal berlangsung hujung minggu ini di negeri Kedah disifatkan sebagai pecutan akhir gagasan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Konvensyen yang bertemakan 'Bersihkan Malaysia' ini secara dasarnya akan memperincikan krisis politik negara yang tidak berpenghujung selain ingin mewujudkan suasana negara yang lebih sejahtera dengan meminggirkan kepimpinan yang korup.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, konvensyen ini juga adalah untuk memastikan gerakan kebangkitan rakyat seiring dengan arus perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat.

"Persoalan krisis yang bertentangan dengan amalan politik demokrasi di negara ini harus ditangani dengan meletakkan negara dilandasan yang betul iaitu melalui kepimpinan yang beramanah, integriti dan akauntabiliti untuk menerajui negara selepas pilihan raya nanti.

"Kita juga akan mengwujudkan suasa sebuah negara yang mana ia adalah milik kita semua, negara untuk semua kaum dan kita hidup sebagai satu keluarga yang bertanggungjawab membangunkan negara secara bersama," Mahfuz berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sudah tiba masanya untuk seluruh rakyat meninggalkan kepimpinan yang korup dan terbuka untuk menerima sepenuhnya pakej politik kepimpinan Pakatan Rakyat seperti yang termaktub di dalam naskah buku jingga.

"Kita mengharapkan konvensyen kali ini mampu memberi gambaran jelas kepada masyarakat Malaysia tentang komitmen kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mendepani secara segera segala tekanan, ketidakadilan dan bebanan hidup yang terpaksa ditanggung rakyat dinegara kita selama ini," jelasnya.

Hadir sama, AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden PKR, N.Surendran dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai

Rabu, Januari 11, 2012

Hasrat seorang lagi 'Bob' ingin sertai Pas

Sudah lebih seminggu sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Dataran Shah Alam meninggalkan satu fenomena yang hebat. Sambutan meriah yang turut dihadiri oleh artis-artis yang 'jiwa' mereka dekat bersama gerakan Islam.

Rupa-rupanya masih ramai lagi artis-artis di luar sana yang ingin bersama-sama dalam gerakan Islam ini. Walaupun menjalani kehidupan yang serba-serbi menyeronokkan - sentiasa bersosial dan berhibur.

Namun apabila mereka kembali ke rumah dan berfikir, ramai di antara mereka yang merasakan ada kekosongan dalam diri mereka. Antara artis yang mengkagumi Ust Azhar Idrus adalah Bob Kuman.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi memperolehi nombor telefon Ust Azhar Idrus daripada Zizan dan telah menghubunginya baru-baru ini ketika berada di dalam hospital.

Mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri.

Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.

Bapa Bob Kuman, Hj Mohd Rawi merupakan penyokong kuat PAS

Berdasarkan sambutan dan sokongan yang diterima oleh Ust Azhar Idrus daripada kalangan artis, Ust Azhar telah menyeru kepada orang ramai supaya berdoa kepada Allah, semoga membuka hati orang-orang hiburan seperti ini supaya peminat-peminat mereka akan turut mengikuti jejak langkah mereka (artis) yang ingin mendekati kepada Islam.

Isnin, Januari 09, 2012

Alhamdulillah, DSAI dibebaskan, Saiful patut ditahan!



KUALA LUMPUR 9 JAN : Laporan awal dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta mengumumkan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim bebas dan tidak bersalah.

Hakim Zabidin Mohd Diah sebaik bersidang tidak membuang masa dan berkata pihak mahkamah meragui kesahan bukti DNA yang dikemukakan pendakwaraya.

Keputusan dibuat pada 9.20 pagi.

Sebaik sahaja mendapat keputusan itu, keheningan pagi di kompleks mahkamah gegak-gempita dengan suara 6,000 penyokong.

Sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan laungan keramat "Reformasi" menyambut kehadiran Anwar yang tiba pada jam 8.35 pagi, yang tiba bersama isteri, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak.

Dari seawal jam 6.30 pagi lagi, keadaan di pintu masuk utama mahkamah sesak dibanjiri orang awam sebagai selesai solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan.

Perhimpunan 901 pagi ini dipantau 21 trak polis yang dikerahkan ke lokasi dari jam 3 pagi lagi. Helikopter PDRM berligar-ligar merakam kehadiran tanpa putus orang-ramai dari segenap penjuru mahkamah.

"Saya meminta agar rakyat tenang menghadapi sebarang kemungkinan. Perhimpunan mesti berjalan dalam keadaan aman, baik sebelum mahupun setelah mahkamah putuskan keputusan," pesan Anwar kepada hadirin yang resah.

"Saya doakan yang terbaik! Saya mengharap pihak penghakiman menghormati undang-undang dan tidak dipengaruhi pemimpin-pemimpin korup," Anwar berkata kepada wartawan di ruang legar mahkamah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba pada 8.43 pagi, disusuli Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Isnin, Januari 02, 2012

Countdown 2012 @ Kg Gajah

Kg. Gajah 31 Disember 2011, masyarkat Kampong Gajah juga memulakan " trend " untuk meraikan kedatangan tahun masihi ke 2012 kali ini. Pengajuran oleh parti politik sudah tentu menjadi penaja utama program tersebut. UMNO dan Dewan Pemuda Pas mengada program yang sama di tempat yang berlainan.



Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pasir Salak yang dapat menganjorkan aktiviti tersebut walau pun ianya di laksanakan dalam keadaan yang cukup sederhana, hanya dengan " meminjam " pondok teksi sebagai lokasi tempat diadakan.



Pengisian tidaklah seperti apa yang biasa dilihat di dataran Merdeka mau pun yang di kelolakan oleh pihak lain, kerana sambutan anjuran PAS ini agak " sunyi " dari bunyian muz ik, malahan muzik " live " mau pun muzik dari corong radio juga tidak kedengaran.



Dalam keadaan santai, sementara menunggu BBQ ( kerang, ayam, ikan, daging ) masak majlis di dengarkan dengan beberapa ucapan dari pimpinan DUN dan peringkat Kawasan, sudah pasti ketua peringkat kawasan sdr Muhaimin dan Sdr. Sahak memberikan ucapan, rata-rata ucapan mereka merasakan kesyukuran dengan kejayaan pengaunjran program dan ianya melambangkah betapa " komitednya " gulongan muda dalam usaha penyatuan tersebut.




Adalah diharapkan agar " mainan " dan " peranan " generasi muda dapat di lipat gandakan terutama dalam keadaan negara yang akan menghadapi PRU13 nanti. Tahniah.



Kalangan muda yang hadir di majlis BBQ menjalang 2012, rata-rata merasakan program sabagini walau pun dapat " cabaran " dari pihak lawan ianya perlu diadakan pada masa yang akan datang dan di susun program yang lebih mantap dengan pengisian seperti mengadakan ceramah atau berbahasan sementara menuggu detik jam tahun baru. Walau bagaimana pun mereka merasa puas dan cukup seronok dengan program tersebut.



Yang makan terus makan, yang memasak meneruskan masakannya.



Santai dua pemimpin tertinggi PAS kawasan, Ust. Mustafa dan Muhaimin.



Sementara itu sdr. Khairul Fikri bin Mohd Amin ( gambar atas ) selaku SU Seminar & Konvesyen Tanah & Pembangunan Perak memaklumkan seminar tersebut akan diadakan pada 14 & 15 Januari di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Seminar ini bertujuan untuk memaklumkan kepada para peserta kaitan dengan garis panduan pengurusan Pembangunan Tanah di Perak. Penglibatan ahli seluruh Perak di jangkakan seramai 200 orang.

Seminar dan Konvensyen anjuran Lujnah Tanah / Pembangunan Perak ini mad akan di hadiri oleh penal-penal jemputan khas, mereka terdiri dari Sdr. Razman Zakaria, Sdr. Mazlan Aliman dan Sdr. Ahmad bin Juta ( bekas Pegawai Daerah ), kepadan pengunjung blog yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh berhubung dengan sdr. Fikri di talian 0135965419.

Jumaat, November 18, 2011

Wayang YB Parlimen Pasir Salak : RUMAH GEN. 2 - FELCRA TERUS MENIPU PENEROKA

Kg. Gajah 15 Nov. 2011. Sekumpulan pemilik Tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun ( RPT ), Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada, Mukim Pasir Salak telah hadir ke pejabat Tanah dan telah pun membuat " temu janji " untuk bersua muka dengan Ketua Penolong Pegawai Daerah. Tapi kehadiran mereka amat menghampka kerana pegawai yang berjanji untuk hadir tidak kelihatan dan akhirnya dimaklumkan kini sedang berada di Sabah.


Rombongan bersama Peguam

En. Mohd. Nasir bin Mohd. Mother dan En. Mohd. Anaur bin Mohd. Yusof mendapat khidmat guaman dari MOHAMM & SEKUTU ( Peguambela & Peguamcara, Penguam Syarie ) untuk penyelesaikan kes ini. Kedua-dua mereka juga di iringi kawan-kawan yang terlibat dalam kes yang sama. Mereka adalah sebahagian dari 500 pemohon yang kini masih tertunggu pelan hak milik.

Sejumlah 1500 lot tanah telah di war-warkan dan peringkat awal 500 penama telah di luluskan permohonan pada 11.02.2008 dan mereka juga telah membayar keperluan:
- Demaksi dan Tanda Sempadan Tapak Rumah
- Ukur Tanah dan Pelan hak Milik
- Cukai Tahun pertama dan pendaftaran permohonan Tanah
- Persediaan dan Pendaftaran hak Milik sementara dan tetap serta bayaran permium
- Bayaran notis 5A dan Jualan Pelan.

Akhirnya pada 12.07.2010, semua mereka telah dipanggil untuk majlis pengundian lot, tapi malangnya kini semua tidak menjadi kenyataan, apa yang difahamkan harga dinaikkan dan pihak Felcra pula melantik pemaju mereka sendiri.


Sdr. Ishak Shaari, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembanunan Wilayah, Pas Pasir Salak, yang juga Timbalan Pengerusi BAPA ( Badan Bertindak Warga Felcra ) bersama En. Mohammed Zamri bin Ibrahim di perkarangan Pejabat Tanah & Daerah kg. Gajah, bersama-sama dengan wakil peserta tersebut.

Harga Asal perumahan di Gen. 2,
Changkat Lada ialah A - 100 K kini 118,440.00,
B dari 70k di naikan ke 86,550.00,
C dari 50k ke RM64.180.00 dan
rumah D dari 40K ke RM52,860.00.

Kenapa rumah belum siap kos pembinaan sudah naik?

Jumaat, November 11, 2011

Himpunan Muslimat Kawasan Pasir Salak 2011

Suatu Himpunan Muslimat Kawasan Pasir Salak yang akan mengegarkan Parlimen Pasir Salak.
Ianya akan meraikan sejumlah pendengar yang budiman untuk hadir bersama bagi mengetahui kupasan isu-isu semasa dikalangan rakyat marhain. Jangan sesekali tenggelam dengan arus media perdana yang sangat jumud hinggakan karektor lembu pun menjadi umpan kejayaan mengaut kekayaan pimpinan negara.

Hadirkan bersama pada :
20hb. November 2011, di Dewan Tuan Guru Hj Rais, Pusat Aktiviti Sosial , Chenderong Balai, mulai jam 8.30 pg - 1.00 tengahari.

Mohon disebar dan semarakkan kehadiran kalian pembaca dan suri rumahtangga.


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO