Negaraku yang aman dan selamat! : 3 polis didakwa merogol amah dalam tahanan.
Inilah realiti yang kita sering diperdendangkan umpama bait-bait lagu hit. Alhamdulillah negara kita aman dan selamat. Sejauhmanakah ianya benar.
Jika sesiapa yang pernah bermusafir ke negara-negara luar, memang Alhamdulillah negara kita paling best untuk dinikmati bersama. Insfrastuktur dan persepakatan dalam pelbagai kaum sangat indah untuk kita syukuri bersama, namun apa yang mengusarkan adalah kadar jenayah dan kematian masih ditahap yang sama turun naik statistiknya tidak banyak berbeza dari setahun ke setahun. Keamanan dan keselamatan adalah hak milik bersama dan menjadi tanggungjawab semua.

Ingatlah selagimana isu-isu atasan dapat dipusing-pusingkan.... jadilah kelak umpama dialog filem P.Ramli 'Musang Berjanggut' undang-undang ini boleh berubah-ubah, bila yang terlibat adalah jawatan dan pangkat bersaiz XL, XXL dan keatas.
Kita sebagai rakyat perlu lebih bijak berfikir dan menjadi kuasa penentu kepada pemerintah yang berhak mengubal undang-undang serta mendidik masyarakat dan penguatkuasa dengan keimanan dan ketaqwaan kepada pemilik segala-galanya iaitu Allah.
Catat Ulasan