Jumaat, April 20, 2012

Mesyuarat Agong Kawasan Pasir Salak : Mendaulatkan ISLAM Memacu Kemenangan.

19 April 2012, bertempat di Sekolah Rendah Agama Nurul Iman, Kampung Gajah, telah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan Pas Kawasan Pasir Salak.

Sedia gempur mendapatkan kemenangan Islam - comel gak teman ni ya!

Mendaulatkan ISLAM Memacu Kemenangan, itulah antara lain fokus dan tumpuan perbincangan. Kemantapan dan sistematik dalam menempa kemenangan di PRU-13 disusun atur menghadapi musuh. Jangkaan PRU-13 merupakan PRU-13 paling kotor akan dijalankan oleh pihak pemerintah, ianya berasaskan dengan penambahan mendadak pengundi luar dikawasan-kawasan tertentu menjadikan persiapan jentera perlu mantap dan cekal. Mana tidaknya , berkemungkinan besar pengundi akan berbaris bersama PATI atau penduduk yang bukan asal usulnya di kawasan tersebut akan sama-sama memilih di PRU itu nanti.

Organisasi yang mantap ini dapat dihubunng jalinkan bersama seluruh ahli PAS kawasan seterusnya perjuangan mendaulatkan Islam ini kan tercapai. Susun atur dan gerak langkah yang penuh strategik telah dan akan dapat dilihat dengan kerjasama semua pihak. Anak-anak muda diperantauan juga perlu memberi sumbangan tenaga dan infaq jihad demi memastikan sesiapa jua calon yang PAS kemukakan akan memperolehi kemenangan.

Suasana harmoni dan meriah jelas kelihatan sesama ahli menerusi gotong royong dan kesepakat menjayakan program ini. Kekuatan dan keutuhan ukhuwah sesama ahli dengan kefahaman dan wala kepada kepimpinan menjadi teras mencapai kejayaan kelak , Insyallah.

Takbirrr.... Allahu Akbar!!!

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO