Ahad, Jun 19, 2011

XPDC PAS 4 ALL : Kearah Keprihatinan Menentang Penindasan Kos Harian

Kesengsaraan mereka kami ziarahi

AHAD 19 Jun 2011, Ekspedisi PAS 4 ALL edisi 2 kini kembali yang bermula dari Kampung Telok Sareh dan berakhir di Kampung Sungai Buaya, malam ini. Konvoi kali ini memberi sentuhan penuh bermakna buat rakyat marhain, dimana mereka didekati dan diselami jiwa mereka oleh team xpdc yang sangat mesra.

Kami menyampaikan bersama sumbangan keperluan harian seadanya. Apa yang penting adalah memahami keperluan dan permasalahan rakyat yang sentiasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang kian tinggi.

Keprihatinan peserta xpdc ini menjadikan permasalahan mereka kami dengari dari hati ke hati. Di Pekan Sehari Changkat Lada, kami sempat menyampaikan maklumat - maklumat tentang kezaliman dan ketirisan pihak pengurusan sumber negara yang menjadikan punca penindasan terhadap rakyat semakin jelas terbukti. Yang kaya kan terus kaya dan bagi yang miskin kian merana. Ini hakikat yang perlu diubah demi kelangsungan kehidupan di bumi yang bertuah.

PAS Ganti UMNO semakin perlua direalisasikan. Mereka didekati, bukan menakuti. Terima kasih buat Jawatankuasa MTD Kg Gajah, Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak, Dewan Pemuda PAS Kawasan, Unit Amal & Ketua-ketua Kampung yang dilawati. Moga Allah melimpahkan keberkatan dari program seumpama ini.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO