Jumaat, April 01, 2011

Makan Malam Amal Dana PRU13 : Syukur dan terima kasih

Malam td 31.3.2011 , telah berlangsung Makan Malam Amal Dana PRU13 anjuran MTD Pas Kg Gajah. Kehadiran dan jualan kupon yang memberangsangkan telah berjaya mengumpulkan sejumlah dana bagi mempersiapkan jentera PRU13.

Dimulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Sautul Iman, Sekolah Rendah Islam Nurul Iman SRINI, Kampung Gajah. Aluan dari YDP PAS Kawasan Pasir Salak al-Fadhil Ust Mustafa Shaari diikuti Penceramah Jemputan Dr. Najihatussolehah dan Penampilan khas dari Negeri Pahang Ust Fadhil Noor b. Abdul Latif (Ketua Pemuda PAS Temerloh, ajk Dewan Pemuda Pas Pahang).

Kehadiran penderma yang amat memberangsangkan telah mengamit rasa syukur dikalangan penganjur dan seterusnya dapat menambahkan dana PRU13. Bagi kami bloggers paspasirsalak.blogspot.com mengambil kesempatan untuk mengucapkan Jutaan terima kasih di atas kesudian yang hadir dan menyumbang ke dana tersebut. Sesungguhnya pengorbanan wang ringgit yang tidak ternilai harganya ini menjadi pemangkin gerak kerja jentera untuk merealisasikan kemenangan Islam kan terus tercapai di bumi sejarah DUN Kampong Gajah dan Parlimen Pasir Salak. Insyallah.

* Gambar suasana akan diupload sedikit masa lagi.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO