Sabtu, September 25, 2010

Hari IQ Pasti Kawasan Pasir Salak

Tn Hj Razman Melancarkan Kempen JOM MASUK PASTI
Penyampaian hadiah kepada para pemenang
Sabtu, 25 September 2010, Program ini bertujuan memberi latihan dan didikan kepada murid-murid Pasti supaya dapat mengamalkan segala bentuk pembelajaran yang telah dipelajari semasa proses P&P Pasti.Antara bentuk pertandingan yang dilansungkan adalah Azan, Bacaan dan Tulisan Jawi, Ejaan dan Bacaan Bahasa Inggeris.Di samping menerapkan nilai-nilai Islam, didikan pasti juga memberatkan pelajarn mengikut arus perdana.

Di dalam Program ini, Pasti Pasir Salak telah melancarkan satu kempen iaitu "JOM MASUK PASTI". Kempen ini bertujuan memberi ransangan kepada seluruh Ahli Pas Kawasan Pasir Salak khususnya dan Ahli Pas seluruh Malaysia amnya supaya menghantar anak-anak mereka ke Pasti-Pasti berdekatan. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Razman Ketua Lujnah Tanah dan Wilayah Pas Perak merangkap YDP Pas Kawasan Lenggong.InsyaALLAH akan dengan adanya pelancaran kempen ini 2 buah pasti lagi akan ditubuhkan pada sesi pembelajaran 2011 akan datang.Justeru itu adalah disarankanboleh Ibu Bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 4,5,6 tahun dapat menghantar anak-anak mereka ke Pasti yang berdekatan.Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi S/U Pasti Pasir Salak di Talian 013-5965419 (Khairol Fikri).

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO