Kenali Kampong Gajah Perak.
Wajah yg digambarkan orang dedulu sebagai Datoh Maharajalela, Tok kite le tu..

Ust Mustafa Hj Sha'ari YDP Pasir Salak juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

Tuan Hj Mustafa Kamil Ayub pangkat sepupu dgn Ust Mustafa Naib Presiden PKR

YB Wan Asyikin, ni wakil rakyat Kg Gajah, mari le tengok marhain di Kg Gajah ni, di Ipoh tu takde ape.

Tan Sri Ramli Ngah Talib, asal orang Kg Gajah, tapi batang idung pun tak nampak


Jam matahari orang dedulu, nak tengok benda ni datang ke Kompleks Sejarah Pasir Salak

Bus Stand, 1 biji ke Teluk Intan, 1 biji ke Parit, 1 biji ke Ipoh....jadi leeer

Di kala senja wajah bangunan PKNP, bank pertanian & BSN kat depan tu...

Tugu pusat penjaja buah-buahan, dibina jaman kita merintah

Sesape nak kemari mesti jumpe bende ni

Salah 1 cawangan di Kg Gajah

Signboard ni cukup banyak kat sini, crite orang dedulu kebanyakkan sultan duduk tepi sungai

Tempat para marhain mencari ubat

Kume bersempadan dengan deme

Dewan serbaguna, waktu merintah dapat guna ...pas tu ....tak deme bagi dah..

Majlis Daerah Perak Tengah, time tak ade orang...

Landskap di tengah-tengah simpang 4 Kg Gajah, berdepan dgn Arked Mara

Gelanggang Street Soccer terletak di belakang kilang APM

Stacium Olimpik Kg Gajah, rumput pun tebai

Pasar besar Kg Gajah

Abiss.... reput gitu je kilang APM ni...bankrap tahun2004

Taman permainan kanak-kanak berdepan dgn stacium olimpik

Rumah OBJ, setahu tman tak de lagi Orang Besar Jajahan

Petronas kepunyaan Cikgu Solleh, 500m dari pekan Kg Gajah

Bangunan Arked Mara terletak di tengah simpang 4 Kg Gajah

Pasar Tani setiap hari Jumaat malam

Ni sekolah tman dulu, tahun 80an pindah sini.. dulu sekolah tman kat tepi sungai, kome tak merase...

Map ni terletak di kaki Bukit Tunggal

PDRM bertugas disini berhadapan dgn Medan Selera


Sungai Galah kawasan lombong, syurga kaki pancing dan Nelayan Darat

Replika Deroyan terletak di pangkal jambatan Kg Gajah

Jambatan menghubungkan Kg Gajah dan Seberang Perak, gambar pada tahun 1987

View dari atas Racing Circuit di atas pulau belalang, Drag & Drift terkenal seantero dunia.

Replika jam terletak betui-betui di simpang 4 kg gajah

Ini dia Kompleks Sejarah Pasir Salak, banyak artifak lama, datang le kalu nak tau lebih lanjut..

MRSM Pasir Salak..tempat bebudak belajo jgn korang ajo

Masjid Sultan Azlan Shah 500m dari pekan Kg Gajah
Ramai yang hebat-hebat dari Kg Gajah ni...tu tman tak crite yang syahidnye...banyak lagi tempat istimewa di Kg Gajah ni tapi tman tak dan nak ngeroje kan, nanti ade mase lapang tman akan cerite lagi. Maaf jike ade gambo & kate-kate yang korang menyelerekan, ni lah rope yang sebenornye kampong Gajah... jangan dengor khabo orang datang dulu baru tau... Salam
apasal tak ada gambar sekolah maharaja Lela? teman ngajor situ pada thn 82 gitu...
apasal cakap budak2 balajar dengan kurang ajar di mrsm pasir salak.
jangan sebab seorang perangai macam kacang hantu nak salahkan semua.
hek bagus sangat ke penduduk kampung gajah yang lain tu?
aku pernah tengok seorang bapa yang pakai jubah dengan kopiah cukup lengkap semua bawa anak jalan2 di kampung gajah tapi anak yang kecil anggaran umur 2 tahun yang tak tahu apa-apa dibiarkan jalan sendirian tanpa berniat untuk pimpin budak tu. jalan menonong je. budak tu hampir di langgar. patut kah aku menganggap semua penduduk kg gajah tak bertanggungjawab hanya kerana dia. aku pernah nampak pekan kg gajah dipenuhi sampah sarap yang sangat memualkan tekak. aku pernah nampak seorang lelaki yang berjubah dan berserban bersama anak lelakinya tapi mereka sangatlah selekeh. itukah imej islam yang cuba ditonjolkan? kenapa perlu menghina orang lain untuk menaikkan diri? buatlah sesuatu berdasarkan kebolehan tak perlu membanding2kan. i hate politic!
Assalam, mohon share gambar untuk projek sarjana saya
Catat Ulasan