Selasa, Januari 05, 2010

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS


Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam. Harakahdaily.

Tazkirah.


Islam agama suci dan benar . Justeru itu perjuangkannya dengan hikmah dan hemah yang tinggi . Santuni masyarakat dengan bijak dan teliti . Biarpun dakwah itu benar tetapi jgn boros dan bolos sebaliknya cermat dan berhemat . Elakkan pertelingkahan dengan madu'u dan jgn memperbanyakkan musuh . Selamat berjuang sahabat2 ku

Ahad, Januari 03, 2010

Pertandingan Bolasepak Zon Anak Sungai 2010

Syam wakil Ketua kampong Sg Durian menyampaikan hadiah tempat ketiga
Referee terbaik di Zon Anak Sungai..Terima Kasih
Pengurus Team Kg Bahagia duit RM300, medal dan Piala Moonsun Cup
Pengurus Ojo Kesandong bersama Azli, Naib Ketua Pemuda PAS Pasir Salak
Sesi bergambar perlawanan akhir antara Kg bahagia vs Ojo kesandong
Mulut keeper paling riuh" The Best Player" pada tahun ini
Pihak urusetia "sharp" bab jaga masa
Syamsul S/u pemuda juga pengurus pasukan Sg Durian.....awai-awai dah bungkus

Pertandingan anjuran Ngo's Pertubuhan Belia AMAL Sungai Durian telah mendapat perhatian ramai belia dan remaja di Zon Anak Sungai. Apa yang dapat kita lihat disini , anak-anak muda sekarang dahagakan sukan dan riadah. Keseimbangan antara pemuda dan orang lama di waktu zaman PERSEPSI ini perlu diambil kira, kalau tidak... kita terkebelakang, liga bolasepak ini dimenangi oleh Team Kg bahagia, kedua Team Ojo Kesandong, ketiga Team Kg Sg Kerang. Jutaan terima kasih kalian yang menjayakan program ini, tahun hadapan kita ketemu lagi.

Khamis, Disember 31, 2009

Sambutan Awal Muharram & Tahun Baru 2010

Antara Muslimat yang hadir
Kumpulan Rebana Taman Changkat Lada Raya menyerikan majlis
Ceramah Ust Sulaiman Hamzah Al-Kamparin...Mantap.........wehh..
Tazkirah Ust Mustafa cerita tentang Astronomi
Doa senjata Mukmin
Ust Hj Ali Abass mengimami solat Isyak
Kumpulan Marhaban dari Selat Pulau
Gandingan Ust Ali & Pak Lah berduet mengalunkan Qhasidah
Ust Anuar (Panglima) membawa zikrullah, ma'athurat dan bacaan yasin
Ust Zaini mengimami solat Hajat

PAS PERAK mengunjungi pejabat HARAKAH & SINAR

Abang Lan tokey Angkatan Edaran.... lombong duit tuu...

Bahagian opis pejabat SINAR
Terima kasih kepada pihak pengurusan SINAR HARIAN menyediakan sedikit jamuan
Sedang memerhatikan cara mengedit gambar, muka hitam boleh jadi terang...weehh
Dato'KJ sedang memberi taklimat, dia pun bagi cadangan pada kakitangan HARAKAH
Bersama Abang Zul Embong pagawai pemasaran HARAKAH

Khamis, Disember 24, 2009

Liqa ul-Fikr To'Sidang




Dalam pertemuan tersebut telah dihadiri oleh 55 To'Sidang dari seluruh Kampong dalam DUN Kg Gajah. Antara taklimat dan penerangan yang di sampaikan oleh Ust Mustafa selaku Penyelia DUN Kg Gajah, menyeru supaya semua To'Sidang bertugas seperti biasa walaupun tiada elaun. Beliau juga memberi penekanan terhadap beberapa Isu anataranya ialah:-

a) Perkembangan isu semasa negeri Perak.
b) Ulasan kes Perbicaraan Ketua Kampung.
c) Kes tersebut akan dibawa ke mahkamah rayuan.

8 wartawan di tukarkan



Jamberi marah sangat, sampaikan budak-budak yg tulis berita sensasi ditukorkan. kume di fahamkan 8 orang diantaranya, ape le salahnya budak pemberita tu di tukorkan, deme cume menulis dan memaparkan cerita yang benar dari masyarakat. Jamberi Jamberi....ish ish ish kalu ikutkan dah lame dah......tak elok nak cakap. kalu ikut orang kg gajah ... resminye....


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO