Ahad, Ogos 22, 2010

Semarak Ramadan Saudara Baru @ Kampung Orang Asli

Ramadan Karim membawa sinar perubahan dalam mendidik jiwa manusia insan madani. YDP Pas Kawasan Pasir Salak meraikan kehadiran Ramadan buat saudara baru diperkampungan orang asli Kampung Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang. Saudara Firdaus Abdullah sekeluarga berbesar hati menerima kunjungan berbuka puasa Pas MTD Kampung Gajah yang prihatin akan saudara baru. Idealogi politik bukan tujuan asal namun keprihatinan kita seorang muslim terhadap kehidupan baru masyarakat asli yang menganut agama Islam.


Tahun 2009, Saudara Firdaus diraikan bersama yang umur Islamnya pada ketika itu baru sebulan dan keluarganya sahaja yang bersama Islam, Namun apa yang menjadi terkesimanya kami ialah pada tahun ini sudah 3 keluarga menganut Islam. terbaru ialah bondanya sendiri. Alhamdulillah. Mereka semuanya dah pun diraikan semalam.


Laungan azan maghrib oleh Saudara Nizam telah menjadikan semangat baru untuk kampung tersebut. Mereka merasai sesuatu kelainan dan sinar dakwah perubahan menjadi syiar Islam yang symul dikalangan masyarakat mereka. Seluruh warga kampung estet keluar bersama berbuka dengan 3 keluarga Islam tersebut. Kami jemaah MTD dapat melayani hidangan mereka dengan sebaiknya. terima kasih buat seluruh tenaga yang terlibat dan kehadiran semua menjadikan tuan rumah menitiskan air mata kegembiraan meraikan bersama mereka. InsyaALLAH kami datang lagi.

Seja o primeiro a comentar


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO