Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan

Rabu, Mac 10, 2010

PKR 10 Bulan VS BN 50 tahun ..... Fikir-fikirkan...


Demokrasi yang diamalkan.

Peruntukan Kewangan & Kedudukan Hak Milik Tanah


Pendidikan & Kebajikan terhadap rakyat jelata Perak


Peningkatan Ekonomi & Membanteras Pembaziran.

Sama-sama kita fikirkan.

Isnin, Jun 15, 2009

Ketakutan Yang Semakin PARAH : Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

ImageNizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.

Difahamkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan mana-mana anggota yang diarah keluar Dewan oleh Speaker tanpa diberitahu tempohnya secara spesifik, tidak boleh memasuki Dewan dalam masa dua hari. - mks.

Sabtu, Jun 13, 2009

Satu Pendedahan : Tolong Nafikan Jika Ianya Satu Fitnah....

Sumber dipetik daripada S.I.N.I

Video pendedahan Datin Rosmah Mansor , wanita pertama Malaysia menggunakan bomoh kini menjadi isu hangat di alam cyber.

Pengakuan beberapa individu termasuk dari anak, adik beradik, saudara , orang gaji Datin Rosmah dalam klip video ini menjadi tanda tanya adakah benar apa yang mereka ceritakan itu.

Datin Rosmah sepatutnya mengambil tindakan samada menafikan atau mengambil tindakan jika individu-individu ini adalah berbohong kerana pasti Datin Rosmah mengenali semua mereka. Jika ini semua fitnah janganlah berdiam diri kerana rakyat pun nak tahu juga. Bawalah kes ini ke mahkamah jika Datin di pihak yang benar.


Khamis, Jun 04, 2009

Stadium Runtuh : Elakkan Ketegangan & Salah Menyalah....akhirnya...

Menurut sumber lain dari blog tempatan : ......blogspot.com

Macam-macam spekulasi dari rakyat berkaitan isu stadium runtuh kelmarin. Biarlah rakyat bebas bersuara sebab kita negara demokrasi.

Sebab utama Stadium Mizan runtuh:

Ultraman dan family dia dari Ultraman Taro, Ultraman gaya, ultraman tidak bergaya dan macam-macam lagi nama, datang untuk menguji ketahanan stadium sebagai samada good receipt atau tidak.



Malangnya si malaun raksasa tiba-tiba datang lalu men'fire' keluarga ultraman tadi. Dia mati-mati mengaku tidak bersalah dan mengatakan kejadian tersebut adalah "fire tanpa niat" untuk meruntuhkan stadium.



Ceh lu ingat lu boleh lepas?



Jangan Marah.... nanti antum stress!!!! sekadar selingan dunia yang fana....

sangat memalukan. Negara luar stadium diaorang sepenuh2nya dimuatkan dengan penonton. berpuluh2 tahun. Negara kita kalu tak final @ konsert maksiat bila lak nak penuhnya..... untuk difirkan bersama.

MALAYSIA BOLEH!!!!!

Isnin, Jun 01, 2009

PENANTI : Penantian Penuh Bermakna Buat POLITIK MALAYSIA KITA

Oleh Mat Saman Kati

Selesai sudah lagi satu episod pilihanraya…selepas Bukit Gantang, Bukit Selambau dan sebelum Manek Urai. Kalau ikut perancangan…selepas Manek Urai akan ada lagi satu pilihanraya kecil…kerana itu sudah dirancang lebih awal. Satu PRK setiap dua bulan.

Mungkin ada yang merasakan bahawa pilihanraya kecil hanya menyusahkan rakyat..tetapi hanya itulah saja yang dapat menyedarkan rakyat tentang kebobrokan Umno dan Barisan Nasional.

Setiap kali pilihanraya..kita boleh tengok perangai UBN. Makin ramai rakyat yang nampak…makin cepat UBN dapat ditalkinkan. UBN tak kan mampu menyembunyikan perangai jahat mereka…sebaliknya…apa saja yang dilakukan akan menaikkan api kemarahan rakyat.

DiPenanti..UBN cabut lari sampai putih tapak kaki. Tetapi disebaliknya..UBN menggunakan pihak lain untuk meneruskan tabiat jahat mereka.

Mereka menggunakan polis untuk menghalang perjalanan pilihanraya. Bermacam-macam peraturan dikenakan untuk mengekang pengaruh Pakatan Rakyat. Peraturan-peraturan baru diperkenalkan oleh polis…tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh cakap pasal sidang DUN Perak…tak boleh gunakan video..sehinggalah dalam satu ceramah, apabila diberitahu kepada Chegu Bard tentang peraturan-peraturan ini..Chegu Bard jawab..”habih…nak cakap apa?”

Ledakan maklumat menyebabkan UBN kelamkabut. Rakyat dah tak percaya apa yang ditulis oleh Utusan atau yang disiarkan oleh TV3.Rakyat lebih percaya kepada penceramah, blog dan laman web untuk mendapatkan maklumat. Bukan kerana apa yang dicakapkan oleh penceramah itu semua betul, bukan kerana apa yang ditulis diblog-blog itu semua betul. Tapi kerana rakyat sudah tak percaya kepada TV3 dan Utusan.

Umno menggunakan Amina Dola sebagai proksi didalam pilihanraya Penanti. Amina Dola pula membenarkan dirinya ditunggang oleh Umno..macam Ezam and the gang.Mungkin Amina Dola bertanding untuk membalas dendam kepada PKR, tetapi apabila dia mendapat liputan sensasi dari Utusan dan TV3 yang dimiliki oleh Umno…rakyat menolak Amina Dola kerana mereka merasakan Amina ditaja oleh Umno. Rakyat menolak Amina kerana mereka marah kepada Umno.

Lokman Adam berceramah dalam ceramah Umno…walaupun apa yang dicakapkannya itu ada yang benar…tapi orang dah tak percaya kerana mereka tak percaya kepada Umno. Kalau Lokman Adam bercakap dipentas PKR, kemungkinan orang akan percaya. Tetapi kerana dia bercakap dipentas Umno…orang tak percaya. Kerana UBN sudah sinonim dengan penipuan.

Amina hanya menang undi pos. Memperolehi sebanyak 12 undi berbanding PKR yang hanya mendapat 2 undi. Undi pos ni undi sapa?

Rakyat dah tahu bahawa undi pos adalah undi yang dimanipulasi oleh UBN. Dan apabila undi pos diPenanti diberikan kepada Amina Dola…UBN sebenarnya menimbulkan kebencian rakyat kepada pemberi undi…disini diketahui merupakan undi polis. Dan anggota polis yang mengundi Amina Dola ini juga perlu dikutuk kerana membiarkan mereka dipergunakan oleh UBN untuk kerja-kerja manipulasi undi.

Kehadiran polis yang siap bersenjata dan dalam kumpulan yang ramai juga sebenarnya cuba menakut-nakutkan pengundi. Disetiap tempat mengundi..SB-SB siap dengan kamera video merakam kehadiran pengundi.

Kalau jumlah peratus yang keluar mengundi berkurangan..polis sepatutnya dipersalahkan kerana menjadi barua UBN. Kakitangan kerajaan dan mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan sudah semestinya merasa takut untuk mengundi kerana Umno telah mengarahkan supaya PRK Penanti ini diboikot. Dan siapa yang berani mengundi?…kerana kehadiran mereka akan dirakamkan oleh polis. UBN tahu siapa yang pergi mengundi…dan tindakan sudah semestinya diambil kepada mereka yang keluar mengundi.

SPR lagi satu…macam lembu dicucuk hidung. Membuat arahan-arahan yang mengekang kebebasan pilihanraya. Mengangkut pengundi pakai kereta yang mempunyai lambang parti tidak dibenarkan. Cuma boleh pakai sticker SPR. Tapi pada hari terakhir, SPR gagal mengeluarkan sticker.

Tunggu di Manek Urai..semua arahan-arahan yang dikeluarkan di Penanti akan ditukar lagi..untuk memastikan kemenangan Umno.

Umno semakin tidak relevan dihati rakyat. UBN tidak akan berjaya dalam pilihanraya kerana mereka sudah ditolak oleh rakyat. Itu sebabnya UBN hanya mampu bertahan dengan pertolongan mahkamah.

Zambry Kadir boleh menjadi Menteri Besar…dengan bantuan mahkamah. Tetapi dihati rakyat..taraf Zambry sama seperti penjenayah yang lain…perampas kuasa rakyat. Kemana saja Zambry pergi..dia bukan dilayan seperti Menteri Besar tetapi dilayan seperti penjenayah.

Ketika dia melawat pasar Batu Gajah baru-baru ini, dia dimaki hamun oleh rakyat Batu Gajah. Ketika melawat Pasir Panjang di Manjung…dia dihalau oleh tuan rumah kerana meletak kenderaan dikawasan rumahnya.

Tiada siapa lagi yang hormat kepada Menteri Besar Umno yang naik dengan merampas kuasa.

UBN tidak lagi boleh berlindung disebalik Utusan dan TV3. Tiada siapa yang mampu menidakkan kebenaran, mengabui pandangan, dan mengalih pemikiran rakyat untuk mempercayaai propaganda mereka.

Kebenaran akan tiba juga akhirnya.

Khamis, Mei 21, 2009

Antara Memenangi Hati Rakyat : Ego siHaram & Bubarkan DUN

Sekadar berfikir, teka-teki esok hampir benar diketahui.
Mahkamah Rayuan lebih berkuasa menentukan KEPUTUSAN @ menegakkan KEBENARAN keputusan MAHKAMAH TINGGI yang nyata pada jalan KEBENARAN FAKTANYA.

Apakah mungkin mahkamah esok memutuskan Mr Zam yang menang, namun bilamana ingin memenangi hati rakyat maka keputusan PEMBUBARAN DUN turut berkumandang?
Namun bila?...... ianya akan berlaku teka-teki KEDUA buat rakyat marhain PERAK masakini.SESEGERA mana pun yang akan dilakukan bilamana MB SAH Dato Seri Ir Hj Nizar , sah menang pula? inilah babak2 seterusnya bagi episod
DRAMA BERSIRI JUDUL 'KEMELUT DI PERAK'

Nantikan bersama jalan cerita seterusnya yang mungkin ada jangkaan yang BETUL atau jangkaan yang SALAH buat penonton BUDIMAN.

Kalau slot cerekarama, mungkin sekejap je boleh HABIS. Tapi kita disajikan dengan DRAMA BERSIRI. Telan hakikat ianya akan diteruskan dalam babak yang tidak dapat ditentukan oleh penonton yang mengharapkan KESUDAHAN YANG SEGERA.

Selasa, Mei 12, 2009

Kenyataan Yang Membodohkan Rakyat Yang Sememangnya Mudah Rakyat Untuk Diperbodohkan....

Sekali membaca tajuk entry ini, mcm langsung tak faham..... tapi mari kita ungkapkan semula beberapa kenyataan yang dibutakan oleh Golongan HARAM dibumi PERAK ini ;

  1. 'Pakatan Rakyat jelas mengekalkan dan mempertahankan exco yang RASUAH' (dalam kes Mr Os & Mr Jalud) namun drama rampasan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertitik tolak penerimaaan tawaran yang lumayan oleh Bee End kepada mereka dan kini Bee End adalah yang sebenarnya mempertahan dan penyelamat PERASUAH NOMBOR SATU DI MALAYSIA.
  2. Setiap kali menjelang Perhimpunan Agong UMNO, berbondong2 laporan politik wang timbul dan sangat ketara bilamana hasil siasatan dilaporkan terbukti bersalah bagi pesalah pula ada yang lepas ada yang sangkut. Pelik tapi BENAR jelas PERASUAH dalam politk wang namun tetap kekal peneraju Negeri (yang dimaksudkan MELAKA) palng baru.
  3. Slogan bersatu lah bersama dan sudi berkerjasama dengan Pakatan Rakyat. Ungkapan sesak nafas ini sering jadi laungan ketika terdesak. Jelas setelah Mahkamah Tinggi memutuskan DS Ir Hj Mohd Nizar sebagai MB Perak SAH, dan dan itu juga mereka mengfailkan tangguh keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan sesingkat 2 jam Hakim Mahkamah Rayuan menerima sebutan kes tersebut......Porahhh nak bekerjasama demi kepentingan RAKYAT. Rakyat yang bersedia untuk dibodohkan JELAS TELAH DIBODOHKAN.
  4. Slogan 'BERSATULAH DEMI BANGSA MELAYU' - Porahhh...... dalam Sidang DUN mencemar DUN yang mulia mengenepikan speaker yang ada guna Tim. Speker ANGKAT SEORANG MELAYU JADI SPEAKER....tahi.... dicadangkan BANGSA 'GENESAN' bukan AHLI DUN sebagai Speaker. JOM BERSATU DENGAN BANGSA PENIPU.........
  5. Banyak lagiiii........ hakikat dan reaiti....... ADUHAI BANGSAKU mari bergerak dan BERSATU DENGAN PRINSIP ISLAM DAN MUDAH2AN BANGSA LAIN AKAN JUA BERSATU DENGAN HAKIKAT KEBENARAN PENGHAYATAN ISLAM...... 10 bulan wujud banyak perubahan dan kefaham ISLAM semakin diterima oleh BUKAN ISLAM yang menimbulkan PREJUDIS dan menafikan HIDAYAH INI ADALAH BANGSA BEE END.....

Sabtu, Mei 02, 2009

Berehat seketika...... Antara Monggolia ke Malaysia....

Mengikut catatan Guiness Book Of Record, manusia paling ialah Bao Xishun, 7.9 kaki dan manusia paling rendah ialah Mr Ping Ping, 2.4 kaki. Apa yang menariknya kedua-duanya berasal dari Mongolia.


Sebut je Monggolia semua orang terasa-rasa je..... awat terkenal benarkah orang2 Malaysia terhadap negara Monggolia?
Mungkin ada rakyat Malaysia yang ada kena mengena dengan warga Monggolia itu sendiri.....

Selasa, April 28, 2009

kejam sungguh kejam…. tepi jalan di campaknya


TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36. Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ. "Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak. "Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.
Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Khamis, April 23, 2009

Bantuan Kalian Sangat Ditagih.....



Khamis, April 16, 2009

Sekadar Berinformasi & berkongsi.....

Tak tau nak cakap apa kalau dah lembaga pengarah Calsberg Malaysia terdiri dari ramai orang Melayu yang beragama Islam.




Fail PDF asal dari : http://announcements.bursamalaysia.com

Jumaat, April 10, 2009

Kenyataan tambahan menjawab persoalan....

KES NGA KOR MING

16-90

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]

Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?

Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.

Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?

Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!

Sikap inilah yang menghairankan saya.

Terlalu defensif.

Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?

p3310016

Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita

HINA ISLAM ATAU MUSLIM?

Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?

Saya yakin, jawapannya mudah.

Ia bukan penghinaan terhadap Islam.

Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.

Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.

Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.

Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.

2_85

“… Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian al-Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Qiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah 2: 85]

Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”

Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?

Petikan sebahagian Artikel dari : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Selasa, Mac 03, 2009

Keputusan nampak berat sebelah untuk lindungi kerajaan Haram Perak !

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Menteri Besar Haram, Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN)yang merampas kuasa bersamanya menghalang Speaker DUN, V Sivakumar, daripada memanggil sebarang sidang dewan tanpa perkenan Sultan Perak, termasuk sidang tergempar.


Lucunya keputusan ini dibuat dengan mudah apabila penghujahan tidak dapat dilakukan oleh peguam yang mewakili Sivakumar dengan alasan hakim hanya Pensihat undang-undang negeri sahaja yang layak mewakili Speaker itu.

Keputusan yang tergesa-gesa seperti memasak maggi mee itu dilihat sebagai usaha BN menggunakan talian hayat melalui pihak kehakiman.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Rizwan Ibrahim, dalam kamarnya selepas mendengar permohonan panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar.

Firoz berkata keputusan itu membawa kembali pentadbiran berlandaskan perlembagaan di Perak yang sekarang kucar kacir.

Tanpa menyedari Firoz juga dengan itu sedang melindungi kerja jahat Zambry dan kuncu-kuncunya merampas kuasa di Perak pada 6 Februari lepas.

Dimanakah penghujahan dalam perkara 72.1. perlembagaan persekutuan yang menyatakan keputusan Speaker tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah.

Petikan daripada : http://muslimeen-united.blogspot.com/


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO