Jumaat, November 18, 2011
Jumaat, November 11, 2011
Himpunan Muslimat Kawasan Pasir Salak 2011

LABEL : AKTIVITI, BERITA SEMASA, IKLAN
Artigos Relacionados:Ahad, Oktober 30, 2011
Ahlan wasahlan YB Husam Musa ke Parlimen Pasir Salak


Khamis, Oktober 20, 2011
Pembaculan Berlaku : UMNO Perak Tayang Video Lucah Pada Kakitangan Kerajaan
Oleh PAS PerakIPOH:Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.
Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir.
Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah".
Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.
PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.
Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.
"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau.
Sumber: http://perak.pas.org.my
LABEL : ISU HANGAT, ISU TERKINI
Artigos Relacionados:Jumaat, September 30, 2011
Tak catat nama, nombor punca gagal saman polis : cuai hak pelindung kita


LABEL : PERINGATAN
Artigos Relacionados:Isnin, September 26, 2011
Apa PRU-13! Dato' Tajuddin Bukan Calon P073 Pasir Salak?
Pusat Latihan UITM - Sungai Galah, Kampong Gajah 24 Sep. 2011. Program Rumah Terbuka Aidilfitri kelolaan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Pengerusi Felcra Berhad gagal mencapai matlamatnya.
Pihak urusetia Program telah berusaha keras untuk memastikan kunjungan PM sehari ke Perak turut sama di majlis tersebut, berbagai juadah telah di sediakan malahan semua cawangan UMNO dikerah untuk hadir sama di majlis tersebut.
Setiap cawangan di sediakan sebuah bas dengan muatan 40 orang, ini bermakna ahli-ahli UMNO yang akan hadir dari seluruh Pasir Salak boleh dianggarkan seramai 4000 orang itu pun hanya dikira 100 cawangan sahaja, sedangkan cawangan UMNO sejumlah 123 buah. Itu kehadiran dengan bas, sudah pasti ada kalangan mereka yang berkereta atau pun dengan motor.
Berapa agaknya perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia, bas sahaja dianggarkan 60K RM ( jika sebuah bas Rm600 ), wang saku di fahamkan RM30 seorang, penyediaan jamuan, penyediaan khemah, sewaan itu dan ini, mungkin ianya menelan sejumlah wang yang besar.
" Tuan puan harap dapat bersabar, PM akan sampai tak lama lagi " laungan dari Juruhebah, " rakyat " sudah mula resah, mereka hadir jam 11pg dan kini sudah hampir 2petang. PM masih belum nampak batang hidungnya. Kemana PM agaknya, di katakan ada di Changkat Tin. Jarak Changkat Tin dengan Sungai Ga.lah sahaja hanyalah sepelaung jauhnya.
Akhirnyanya di umumkan PM tidak hadir di majlis Rumah Terbuka ini, diumumkan oleh juruhebah. Semua mereka menunjukkan rasa amarah yang amat sangat. macam-macam persoalah timbur dalam benak pemikiran mereka. Apakah PM sudah benci dengan Dato Tajuddin? Apakah ketidak hadiran PM memang tiada dalam jadual lawatan seharinya ke Perak? Atau apakah nama Dato Tajuddin sudah di padamkan dari senarai calun BN untuk PRU13 nanti? Atau apakah PM juga sudah mengetahui " buruk perangai " yang di miliki oleh Tajuddin.
lu fikir le sendiri.
LABEL : ISU HANGAT, ISU PANAS
Artigos Relacionados:Ahad, September 25, 2011
PM Naiki Bas @ Perak : Keperitan Rakyat VS Kemewahan Pemimpin
LABEL : ISU TERKINI
Artigos Relacionados:Isnin, September 19, 2011
Ceramah Umum Isu Semasa di Pasir Salak
LABEL : CERAMAH SANA SINI
Artigos Relacionados:Pelancaran KERABAT di Parlimen Pasir Salak
LABEL : BERITA SEMASA
Artigos Relacionados:Rabu, September 07, 2011
UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR !
Monday, September 5, 2011
MASYALLAH ! UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR
Rujuk Dokumetari RTM 1970an : Yusuf Rono mengaku Mat Indera selamatkan nyawanya dari ditembak komunis
"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok.
Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok. Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO.
Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.
Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.
Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas.
Pada saya, tindakan YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yg sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya.
Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu?
Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak oleh masyarakat cina. Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat.
Maklumlah, orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dlm filem tersebut.
KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong. Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an.
Dalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis, Mat Indera telah menghalang komunis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yg dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pd Polis British itu. Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumenteri tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an.
Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan.
Al-fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin....Siasahkini
LABEL : ISU HANGIT, ISU PANAS
Artigos Relacionados:Sabtu, Julai 30, 2011
Meraikan kalian yang bersama di BERSIH 2.0 Peringkat PAS MTD Kampung Gajah


Tanda-tanda Kekuasaan Allah peringatan buat semua.
Rabu, Julai 27, 2011
Marhaban Ya Ramadan!!! Datanglah Beramai-ramai!



Selasa, Julai 19, 2011
Suatu Coretan Buat Seorang Pejuang Muslimat Yang Telah Pergi - DRAZA
Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Masuk Umno Cabaran dunia Hamba Allah yang baik Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis dan surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini, lewat petang semalamHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.
Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.
Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.
Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.
Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.
Peringatan jawatan mufti
Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.
Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.
“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.
Itulah antara kandungan email beliau.Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.
Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.
Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.
Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.
Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.
Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.
Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.
Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.
“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.
Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.
“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.
Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.
Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.
Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.
Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.
Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.Dr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.
Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.
Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.
Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.
Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.
Ustaz sampul
Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat. Antara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.
Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.
Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.Kata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.
Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.
Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.
Selasa, Julai 12, 2011
Terbitan terbaik untuk ditonton
LABEL : TONTONAN UMUM
Artigos Relacionados:Ahad, Julai 10, 2011
BERSIH 2.0 belum berakhir. Perjuangan kita tiada hentinya lagi.


LABEL : PENGHARGAAN
Artigos Relacionados:Jumaat, Julai 08, 2011
Update Lokasi : BERSIH 2.0 bersama ketenangan meinginkkan PERUBAHAN
Pasar Seni - Stadium Merdeka - 1km
Masjid Jamek - Stadium Merdeka - 1.3km
Sogo - Stadium Merdeka - 2km
Dang Wangi - Stadium Merdeka - 2.3km
Hang Tuah - Stadium Merdeka - 1km
LABEL : PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados:Nota PENTING untuk PESERTA BERSIH 2.0 - SUARAM
Anda dinasihatkan:
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
*Perkara yang tidak dibenarkan*
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
*Selepas perhimpunan*
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
*Perhatian!*
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/07/nota-penting-untuk-peserta-peserta.html#ixzz1RTWSv57P
LABEL : PERINGATAN, PERLU TAHU
Artigos Relacionados: